Loading...

Shahrulnizam harap tuah anak

Loading...
Shahrulnizam harap tuah anak - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Shahrulnizam harap tuah anak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Shahrulnizam harap tuah anak
link : Shahrulnizam harap tuah anak

Baca juga


Shahrulnizam harap tuah anak



ARKIB : 09/07/2007

KUALA LUMPUR – Pemain tengah, Shahrulnizam Mustapa mengharapkan tuah rezeki anak yang bakal lahir empat bulan lagi, terus menemaninya dalam melayari cabaran skuad negara sepanjang pusingan akhir bola sepak Piala Asia yang bermula di sini, esok.

Pemain Perak berusia 26 tahun ini telah mencapai impian menyarung jersi skuad negara buat kali pertama ketika berkunjung ke Australia, Mei lalu dan bintangnya semakin menyinar sejak menentang tiga kelab dalam siri persahabatan di sana.

“Sebelum ini saya hanya bermain untuk negeri dan skuad belia negara tetapi pemilihan ke pasukan kebangsaan apatah lagi untuk ke sebuah kejohanan sebesar Piala Asia paling membanggakan. Ia juga umpama tuah atau rezeki anak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malah tuah Shahrulnizam terus menyinar apabila sentiasa dipilih oleh jurulatih Norizan Bakar untuk mendukung peranan dari sebelah kanan dalam melancarkan serangan Malaysia ketika siri persahabatan menentang Kemboja, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jamaica dari 18 hingga 28 Jun lalu.

Anak jati Ipoh, Perak ini turun sebagai pemain kesebelasan utama dengan Kemboja dan UAE malah semakin bersaing sengit dengan tonggak senior, Eddy Helmi Abdul Manan yang digantikannya di posisi itu ketika menentang Jamaica di Bukit Jalil.

Ketika Malaysia membelasah Kemboja 6-0, Shahrulnizam bergandingan dengan Norhafiz Zamani Misbah dan Shukor Adan serta Ivan Yusoff tetapi Norizan kadangkala mengubah dan menguji percaturan baru dengan turut memasukkan Hardi Jaafar atau Nor Farhan Muhammad.

Shahrulnizam sempat melakukan satu percubaan solo yang terkena tiang gol Jamaica dan mengenai China, esok, katanya, “beberapa pemain negara berpengalaman menentang mereka ketika Kelayakan Olimpik 2004. Mungkin ada pemain lawan masih ke Piala Asia kali ini.”

Menurutnya, menentang China merupakan salah satu peluang skuad negara menyambar sebarang mata atau gol untuk dihadiahkan kepada peminat tanah air sekali gus menarik minat mereka ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi perlawanan seterusnya.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2fHYjFG
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Shahrulnizam harap tuah anak

Itulah artikel Shahrulnizam harap tuah anak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Shahrulnizam harap tuah anak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/shahrulnizam-harap-tuah-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Shahrulnizam harap tuah anak"

Catat Ulasan

Loading...