Loading...

Setelah 18 Bulan Berlalu, Kerajaan Pulau Pinang Masih Gagal Tunai Janji Hantar Laporan Kajian Terowong Dasar Laut

Loading...
Setelah 18 Bulan Berlalu, Kerajaan Pulau Pinang Masih Gagal Tunai Janji Hantar Laporan Kajian Terowong Dasar Laut - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Setelah 18 Bulan Berlalu, Kerajaan Pulau Pinang Masih Gagal Tunai Janji Hantar Laporan Kajian Terowong Dasar Laut, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Setelah 18 Bulan Berlalu, Kerajaan Pulau Pinang Masih Gagal Tunai Janji Hantar Laporan Kajian Terowong Dasar Laut
link : Setelah 18 Bulan Berlalu, Kerajaan Pulau Pinang Masih Gagal Tunai Janji Hantar Laporan Kajian Terowong Dasar Laut

Baca juga


Setelah 18 Bulan Berlalu, Kerajaan Pulau Pinang Masih Gagal Tunai Janji Hantar Laporan Kajian Terowong Dasar Laut





KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya belum menerima laporan kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang seperti dijanjikan oleh kerajaan Pulau Pinang 18 bulan yang lepas, kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.


Beliau berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng berjanji untuk menyerahkan laporan itu akhir tahun lalu tetapi atas permintaan Lim, ia kemudian ditunda kepada 6 bulan lagi selepas kementerian sekali lagi bertanya mengenai laporan tersebut pada Mac tahun ini.

Beliau berkata Lim memberi alasan kajian mengenai projek itu masih hanya 87% dan akan mengemukakan laporan tersebut apabila kajian selesai.

“Sekali lagi tarikh akhir itu telah berlalu dan sehingga hari ini, kita belum menerima 1 halaman pun laporan berkenaan,” kata beliau dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama.

Fadillah berkata penangguhan itu sangat luar biasa kerana projek tersebut ditawarkan pada April 2013.

“Laporan kajian kebolehlaksaan projek terowong yang melibatkan kos RM305 juta belum siap walaupun sekurang-kurangnya RM220 juta telahpun dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang,” kata beliau.

Beliau berkata kementerian meminta laporan itu sejak April tahun lalu selepas Lim dalam surat kepada beliau meminta untuk menukar pembinaan terowong kepada jambatan.

“Saya memberitahu Lim bahawa kementerian tidak boleh memberi kelulusan berdasarkan surat 2 muka surat dan meminta mereka menghantar kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk mengenai ketiga-tiga jalan dan terowong yang melibatkan RM305 juta untuk kos perundingan sahaja,” kata beliau.

Fadillah berkata kementerian amat berminat dan ingin melihat laporan tersebut yang kos bagi kajiannya adalah terlalu mahal berdasarkan pengalaman kementerian.

Beliau berkata, awal tahun ini, Lembaga Jurutera membuat pengiraan bahawa harganya adalah 400% lebih tinggi daripada harga yang diwartakan.

Fadillah membidas kerajaan negeri bahawa jika situasi yang sama berlaku pada projek-projek kerajaan Persekutuan, kerajaan sudah tentu dikritik hebat oleh pembangkang dengan dakwaan berlaku amalan rasuah atau kronisme -BERNAMA



Thus Article Setelah 18 Bulan Berlalu, Kerajaan Pulau Pinang Masih Gagal Tunai Janji Hantar Laporan Kajian Terowong Dasar Laut

Itulah artikel Setelah 18 Bulan Berlalu, Kerajaan Pulau Pinang Masih Gagal Tunai Janji Hantar Laporan Kajian Terowong Dasar Laut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Setelah 18 Bulan Berlalu, Kerajaan Pulau Pinang Masih Gagal Tunai Janji Hantar Laporan Kajian Terowong Dasar Laut dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/setelah-18-bulan-berlalu-kerajaan-pulau.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Setelah 18 Bulan Berlalu, Kerajaan Pulau Pinang Masih Gagal Tunai Janji Hantar Laporan Kajian Terowong Dasar Laut"

Catat Ulasan

Loading...