Loading...

Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu

Loading...
Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu
link : Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu

Baca juga


Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu


Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengakui tidak menyesal meninggalkan parti lamanya, Pas.

Tidak rindu dengan perjuangan parti lamanya, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau kini lebih senang berada dalam Amanah bersama rakan seperjuangannya.

"Kita tak rindu Pas, bahkan mereka yang rindu kita. Kebanyakan rakan kita dalam Pas dahulu teruja mahu berjabat tangan dengan kita yang telah meninggalkan mereka.

"Cuma bila lalu markas Pas, terdetik rasa sedih kerana dahulu kita juga yang sanggup bersusah payah mencari dana untuk membina markas tersebut. Namun kini markas itu jugalah yang digunakan untuk memburukkan kita," katanya kepada Sinar Online, selepas tamat sidang media Himpunan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, di sini, hari ini.

Mengulas perjuangan Amanah yang berada bersama Pakatan Harapan, beliau berkata, beliau yakin yang Pakatan mampu mendepani cabaran BN pada PRU14 akan datang.

Menurutnya, Pas tidak akan dapat menandingi kekuatan Pakatan kerana mereka tidak bersama dengan pakatan.

"Meskipun berlaku pertembungan tiga penjuru, yang akan betul-betul memberi persaingan hanyalah BN atau Pakatan.

"Pas akan jauh ketinggalan, mungkin akan hilang deposit.Ini kerana Pas tidak akan menang jika bersendirian," katanya lagi. - SH


Thus Article Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu

Itulah artikel Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/saya-tak-rindu-tapi-pas-yang-rindu-saya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu"

Catat Ulasan

Loading...