Loading...

Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak Pernah Anda Lihat..

Loading...
Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak Pernah Anda Lihat.. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak Pernah Anda Lihat.., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak Pernah Anda Lihat..
link : Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak Pernah Anda Lihat..

Baca juga


Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak Pernah Anda Lihat..


MEMILIKI badan sasa persis model antarabangsa membuatkan lelaki ini ‘istimewa’ daripada kebanyakan individu lain.

Mana tidaknya, siapa sangka ahli bina badan yang berasal dari Connecticut, Amerika Syarikat (AS) ini hidup dengan menggunakan jantung tiruan.

Menurut laporan sebuah portal, Andrew Jones, 27, telah disahkan menghidap penyakit jantung Hypertrophic Cardiomyopathy tahap akhir pada 2012.

Penyakit kronik yang boleh membawa maut selepas melakukan aktiviti fizikal ini kerap dialami oleh remaja dan para lelaki muda berbanding dengan orang dewasa dan warga tua.

“Saya tidak mempunyai degupan jantung, anda boleh periksa di segala anggota badan saya dan anda pasti tidak akan menjumpai sebarang nadi.

“Jadi saya mungkin zombie terkacak yang anda pernah lihat,” katanya.


Menurut Andrew, jantung mekanikal yang dipasang kepadanya merupakan alat bantu hidup yang memberikan degupan jantung sementara menunggu organ dari penderma yang sesuai.

Bagaimanapun, perkara itu tetap tidak menghalang tugas Andrew untuk meneruskan rutin seneman hariannya.

“Bagi saya, tiada alasan untuk tidak bersenam walau dalam ‘waktu kritikal’.

“Saya tidak akan mengalah dan ini merupakan ujian yang perlu saya tempuhi,”katanya dipetik portal Upworthy.


Dengan situasi berdepan kemungkinan kematian, Andrew akui dia sekali sekala akan menangis selepas pulang dari gim sebagai tanda ‘bersyukur kerana diberikan peluang’.

Pemuda itu turut menubuhkan sebuah Yayasan yang dikenali sebagai ‘Heart At large‘ pada 2015 bagi mengumpul dana dan membantu golongan yang senasib dengannya.

Difahamkan, Andrew kini telah menerima organ penderma jantung dari sebuah keluarga yang tidak dikenalinya dan telah selamat menjalani pembedahan pemindahan yang memakan selama lapan jam.


Pemuda itu kini tidak memerlukan lagi alatan elektrik tambahan yang sering dibawanya ketika mengunjungi pusat gim.

“Sudah lebih sebulan saya memilik ‘jantung baru’ ini dan para doktor telah melakukan kerja terbaik. Saya amat bersyukur dengan keluarga penderma organ yang sudi membantu saya.

“Suatu hari nanti saya akan balas jasa mereka dan sekarang ini saya tidak perlu lagi membawa bateri tambahan yang perlu dicas,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak Pernah Anda Lihat..

Itulah artikel Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak Pernah Anda Lihat.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak Pernah Anda Lihat.. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/saya-mungkin-zombie-terkacak-pernah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak Pernah Anda Lihat.."

Catat Ulasan

Loading...