Loading...

Salur maklumat tentang pemburu haram bakal diberi ganjaran

Loading...
Salur maklumat tentang pemburu haram bakal diberi ganjaran - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Salur maklumat tentang pemburu haram bakal diberi ganjaran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Salur maklumat tentang pemburu haram bakal diberi ganjaran
link : Salur maklumat tentang pemburu haram bakal diberi ganjaran

Baca juga


Salur maklumat tentang pemburu haram bakal diberi ganjaran

 
Masidi Manjun berkata masyarakat cenderung menularkan kejadian itu di laman sosial sedangkan mereka perlu melaporkannya terlebih dahulu kepada pihak berkuasa supaya tindakan pantas boleh diambil.


Masidi-Manjun-ikan-yu-banyak-sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk memberi ganjaran kepada individu yang menyalurkan maklumat berserta bukti melibatkan aktiviti pembunuhan hidupan liar secara haram termasuk penyu kepada pihak berkuasa Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun berkata ini bagi meningkatkan lagi kesedaran dan kebertanggungjawaban masyarakat untuk melaporkan kejadian itu secara terus selain membolehkan tindakan tegas diambil dalam kadar segera kepada pesalah.

“Tanggungjawab menjaga hidupan liar bukan terletak di bahu agensi berkaitan sahaja. Saya berharap rakyat setempat akan memberi kerjasama melaporkan kejadian ini (aktiviti pembunuhan hidupan liar secara haram termasuk penyu) sebelum sebarang bukti mengenai kejadian tersebut hilang.

“Ini kerana kecenderungan masyarakat menularkan kejadian itu di laman sosial lebih tinggi sedangkan mereka perlu melaporkannya terlebih dahulu kepada pihak berkuasa supaya tindakan pantas boleh diambil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Sabah 2017 hari ini.

Masidi mengulas aktiviti pembunuhan kira-kira 100 penyu yang rangkanya ditemukan bertaburan di pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampolan di Pulau Bum-Bum, Semporna baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Masidi berkata pihaknya belum mempunyai sebarang perkembangan lanjut mengenai kejadian itu kerana masih dalam proses siasatan yang dijalankan Jabatan Hidupan Liar.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya berdepan beberapa cabaran memandangkan kes itu melibatkan masyarakat nomad laut yang tidak mempunyai kewarganegaraan selain masalah komunikasi menyukarkan siasatan dan individu terlibat dalam kejadian tersebut sudah beredar ke tempat lain.

Menurutnya, peningkatan pembunuhan penyu juga disebabkan oleh terdapat permintaan bekalan eksotik dan pihaknya akan melihat perkara itu selain melaraskan beberapa strategi baharu bagi membanteras masalah tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Masidi berkata kementeriannya memutuskan semua jabatan berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta haiwan terkawal perlu terlibat sama dalam proses penyiasatan dan tindakan kerana Jabatan Hidupan Liar tidak mempunyai kakitangan mencukupi.



Thus Article Salur maklumat tentang pemburu haram bakal diberi ganjaran

Itulah artikel Salur maklumat tentang pemburu haram bakal diberi ganjaran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Salur maklumat tentang pemburu haram bakal diberi ganjaran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/salur-maklumat-tentang-pemburu-haram.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Salur maklumat tentang pemburu haram bakal diberi ganjaran"

Catat Ulasan

Loading...