Loading...

Rumah Bekas Raja Belgium Paling Mahal Di Dunia

Loading...
Rumah Bekas Raja Belgium Paling Mahal Di Dunia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rumah Bekas Raja Belgium Paling Mahal Di Dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rumah Bekas Raja Belgium Paling Mahal Di Dunia
link : Rumah Bekas Raja Belgium Paling Mahal Di Dunia

Baca juga


Rumah Bekas Raja Belgium Paling Mahal Di Dunia


PARIS – Sebuah rumah agam yang pernah dimiliki oleh bekas Raja Belgium, Leopold II pada abad ke-19 lalu kini bakal dijual pada harga paling mahal di dunia iaitu 350 juta euro (RM1.7 bilion).

Media tempatan melaporkan, Villa Les Cedres yang terletak di Côte d’Azur dekat Saint Jean Cap Ferrat, antara bandar raya Nice dan Monaco di selatan Perancis, dengan memiliki keluasan sehingga 18,000 kaki persegi.

Rumah itu yang dilengkapi dengan 14 buah bilik tidur, dibina pada 1830 dan pernah menjadi istana percutian Leopold II sebelum dijual kepada pemilik jenama arak Grand Marnier, Alexandre Marnier Lapostolle pada 1924.

Kompleks kediaman mewah tersebut mempunyai sebuah dewan ta­rian, gereja kecil, kolam renang bersaiz Olimpik dan kandang kuda yang boleh memuatkan sebanyak 30 ekor kuda serta taman botani seluas 35 ekar.


Tambah menarik lagi, dianggarkan terdapat 15,000 batang pokok di samping 20 buah rumah hijau mengandungi tumbuh-tumbuhan tropika yang jarang ditemukan turut ditanam di sekitar kawasan rumah berkenaan.

Leopold II membina rumah tersebut selepas beli tanah di pantai Saint-Je­an-Cap­-Fe­rrat dengan didakwa hasil rampasan kekayaan sumber bahan asli mentah ­Congo, sebuah negara bekas jajahan Belgium di Afrika ketika itu.

Kini rumah berkenaan dimiliki oleh Davide Campari-Milano SpA, yang merupakan sebuah syarikat minuman keras terkenal Campari dan Grand Marnier. Firma itu berhasrat menjual kepada mana-mana pihak yang berminat.

Untuk rekod, komposer terkenal Britain, Andrew Lloyd dan pengasas bersama firma perisian antarabangsa Microsoft, Paul Allen turut menetap di kawasan kejiranan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Rumah Bekas Raja Belgium Paling Mahal Di Dunia

Itulah artikel Rumah Bekas Raja Belgium Paling Mahal Di Dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rumah Bekas Raja Belgium Paling Mahal Di Dunia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/rumah-bekas-raja-belgium-paling-mahal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rumah Bekas Raja Belgium Paling Mahal Di Dunia"

Catat Ulasan

Loading...