Loading...

‘Raja Bola’ yakin kemampuan Malaysia

Loading...
‘Raja Bola’ yakin kemampuan Malaysia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Raja Bola’ yakin kemampuan Malaysia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Raja Bola’ yakin kemampuan Malaysia
link : ‘Raja Bola’ yakin kemampuan Malaysia

Baca juga


‘Raja Bola’ yakin kemampuan Malaysia



ARKIB : 05/07/2007
PETALING JAYA – “Pasukan Malaysia yang ada sekarang mampu mengatasi lawan,” begitulah kata-kata memberangsangkan legenda bola sepak negara, Datuk Abdul Ghani Minhat.

Katanya, skuad kebangsaan yang ada sekarang tidak mempunyai sebarang kekurangan berbanding pasukan negara lain daripada segi persediaan latihan.

Namun, kata penyerang berbisa tahun-tahun lewat 50-an dan awal 60-an ini, azam dan tekad untuk menang mestilah ada pada setiap seorang daripada pemain negara kerana “bola sepak ini kerja berpasukan”.

Selain keinginan untuk menang, semangat patriotik pemain juga harus kental, katanya kepada Bernama.

“Semua pemain ini kena faham, main bola adalah tugas yang diamanahkan kepada pemain untuk menang demi negara. Dulu masa tahun 50-an dan 60-an, menjulang nama negara lebih penting daripada segala-galanya.

“Masa saya dan pasukan dipilih untuk wakili Malaya ketika itu untuk Pestabola Merdeka, kami hanya dibayar elaun RM10 sehari, tidur pun di asrama yang tidak berhawa dingin seperti sekarang. Tiada kemewahan yang kami terima tapi semangat untuk julang nama negara, itu keutamaan kami,” kata Abdul Ghani yang terkenal dengan jolokan “Raja Bola”.

Menurut beliau kegagalan perlu dijadikan pengajaran dan panduan berguna dan bukannya penghalang untuk memajukan diri.

“Bila sudah diberi peluang mewakili Malaysia, maka mainlah dengan betul-betul. Bila menang, anda akan rasa gembira. Dulu, saya kalau kalah, saya kecewa sangat, sampai tak boleh tidur,” kata Abdul Ghani.

Abdul Ghani pada zaman kegemilangannya membantu Selangor menjuarai Piala Malaya/Malaysia pada 1956, 1959, 1961, 1962, 1963, 1966, 1968 dan 1969.

Kejayaannya di peringkat antarabangsa pula tercipta apabila membantu Malaya (ketika itu) menjuarai Pestabola Merdeka tiga tahun berturut-turut dari tahun 1958 hingga 1960.

Beliau juga antara nadi skuad kebangsaan meraih pingat emas bola sepak pada Sukan SEAP (sekarang Sukan SEA) 1961 menumpaskan Burma (ketika itu) 2-1 pada perlawanan akhir.

– Bernama

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2yCfFv6
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article ‘Raja Bola’ yakin kemampuan Malaysia

Itulah artikel ‘Raja Bola’ yakin kemampuan Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Raja Bola’ yakin kemampuan Malaysia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/raja-bola-yakin-kemampuan-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Raja Bola’ yakin kemampuan Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...