Loading...

PSV lebur harapan Malaysia

Loading...
PSV lebur harapan Malaysia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PSV lebur harapan Malaysia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PSV lebur harapan Malaysia
link : PSV lebur harapan Malaysia

Baca juga


PSV lebur harapan Malaysia

ARKIB : 13/08/2007
 
PEMAIN Malaysia (berjersi kuning) dan PSV Eindhoven cuba menenangkan rakan dalam insiden pergaduhan pada perlawanan Kumpulan D Piala Juara-juara Belia (CYC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi. PSV menang 2-0. – Gambar AMIR HAFIZ RAHMAN.

KUALA LUMPUR – Dua jaringan Stijn Wuytens dan Lars Huttens ke atas Malaysia, membawa PSV Eindhoven mengiringi Bayern Munich dari Kumpulan D selain Flamengo dan AC Milan ke suku akhir bola sepak bawah 19 tahun, Piala Juara-juara Belia, semalam.

Kemenangan kelab Belanda itu sekali gus melenyapkan sisa harapan skuad remaja bimbingan Robert Alberts di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras yang cuba memburu kemenangan bagi menghidupkan peluang daripada koleksi satu mata.

Wuytens merembat hasil umpanan Rymenants Yannick pada minit ke-11 manakala gol kedua diperoleh daripada rembatan kaki kiri Huttens yang menyambar kesilapan tolakan ke belakang oleh seorang pemain pertahanan Malaysia.

Bagaimanapun Malaysia menunjukkan semangat juang tinggi sebelum menyerah menerusi percubaan Wan Aliff Wan Jasmi pada minit kedua, Alif Hafifi minit ke-47 dan Baddrol Bakhtiar minit ke-49 yang sama ada diselamatkan penjaga gol, Zoet Jeroen atau tersasar cuma beberapa inci.

Sedikit insiden pergaduhan pula antara kedua-dua pasukan tercetus pada minit ke-55 sehingga memaksa perlawanan terhenti selama tiga minit dan Wuytens, penjaring sulung PSV dikenakan kad merah oleh pengadil, Muhamad Ibrahim kerana menolak seorang pemain tuan rumah.

Flamengo pula memastikan kemaraan sebagai juara Kumpulan A dengan menumpaskan Ajax 1-0 di gelanggang yang sama sementara AC Milan menundukkan Arsenal 1-0 sebagai naib juaranya di Stadium Darulaman, Alor Star.

Keputusan muktamad kedua-dua Kumpulan A dan D ini meletakkan Flamengo dari Brazil sebagai lawan Bayern Munich, kelab Jerman pada suku akhir manakala AC Milan dari Itali menghadapi PSV Eindhoven, esok dan Rabu.

Kayke Rodrigues menjaringkan gol tunggal Flamengo ketika perlawanan berusia 58 minit selepas memperdayakan penjaga gol Ajax Amsterdam, Roy Ouwerkerk sementara wira kejayaan AC Milan ke atas Arsenal ialah Pierre Aubameyang pada minit ke-30.

Aubameyang berjaya menolak bola melepasi gawang Arsenal pada minit ke-30 selepasl menerima hantaran Alessandro Ruggeri dari sebelah kanan gawang dan tolakannya berjaya mengelirukan penjaga gol, Wojciech Szczesny.

Di Stadium Sarawak, Viktor Bopp memastikan Bayern Munich mengekalkan rekod bersih kelab Jerman itu apabila sepakannya sejauh 25 meter menerjah gawang sekali gus mengikat Chelsea 1-1 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D.

Bayern yang menjadi pasukan pertama ke suku akhir, Jumaat lalu selepas mengutip dua kemenangan ke atas PSV dan Malaysia 2-1, kini mengumpul tujuh mata.

Chelsea mendahului seawal minit pertama menerusi sepakan bebas Lee Sawyor dan hampir mendapat mata penuh sebelum dikecewakan oleh jaringan jarak jauh daripada Bopp pada minit ke-34.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2ylK6sf
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article PSV lebur harapan Malaysia

Itulah artikel PSV lebur harapan Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PSV lebur harapan Malaysia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/psv-lebur-harapan-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PSV lebur harapan Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...