Loading...

Protes Oktoberfest, Jamal Pecah Botol Arak Depan SUK

Loading...
Protes Oktoberfest, Jamal Pecah Botol Arak Depan SUK - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Protes Oktoberfest, Jamal Pecah Botol Arak Depan SUK, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Protes Oktoberfest, Jamal Pecah Botol Arak Depan SUK
link : Protes Oktoberfest, Jamal Pecah Botol Arak Depan SUK

Baca juga


Protes Oktoberfest, Jamal Pecah Botol Arak Depan SUK


SHAH ALAM – Pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mencetuskan sensasi di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sebagai tanda bantahan terhadap festival arak Oktoberfest.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu turut hadir membawa beberapa buah peti arak jenis bir di hadapan pagar bangunan tersebut di seksyen 14, yang ditutup sebaik sahaja beliau tiba pada kira-kira pukul 10 pagi, Khamis.

“Hari ini saya mahu membawa semua bir ini ke pejabat Azmin Ali (Menteri Besar Selangor).

‘Dia dan geng dia boleh minum sebanyak mana yang mereka mahu di dalam (pejabat itu) tetapi bukan di luar,” kata Jamal.

Jamal dan pengikutnya kemudiannya menerbalikkan peti-peti arak itu di hadapan pintu pagar bangunan SUK dan bertindak memecahkan kesemua minuman keras itu menggunakan penukul.




Kesemua peti dan botol bir itu ditampal dengan logo bertulis “The Better Beer Festival 2017” bagi melindungi jenama minuman berkenaan.

Selepas memecahkan botol-botol bir tersebut, Jamal terus masuk ke dalam kenderaannya tanpa sebarang suara.

Seorang pegawai keselamatan daripada pejabat kerajaan negeri kemudiannya mengejar Jamal dan memberitahu pengikutnya bahawa mereka tidak boleh meninggalkan sisa botol pecah di luar pintu pagar bangunan itu.

Bagaimanapun, Jamal dan kumpulannya tidak mempedulikan arahan lelaki itu dan terus meninggalkan lokasi tersebut. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Protes Oktoberfest, Jamal Pecah Botol Arak Depan SUK

Itulah artikel Protes Oktoberfest, Jamal Pecah Botol Arak Depan SUK Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Protes Oktoberfest, Jamal Pecah Botol Arak Depan SUK dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/protes-oktoberfest-jamal-pecah-botol.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Protes Oktoberfest, Jamal Pecah Botol Arak Depan SUK"

Catat Ulasan

Loading...