Loading...
Tajuk : Polis tahan jurulatih renang dipercayai rogol atlet
link : Polis tahan jurulatih renang dipercayai rogol atlet
Polis tahan jurulatih renang dipercayai rogol atlet
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan yang berasal dari China ditahan di Sri Petaling, semalam, atas dakwaan merogol seorang atlet.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata suspek berusia 35 tahun itu mempunyai status penduduk tetap (PR).
Penahanan suspek dilakukan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis pada Ahad lalu, dan suspek ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.
"Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.
"Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian rogol itu dikatakan berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan," menurut laporan BH.
Polis juga akan mendapatkan kebenaran menahan reman suspek hari ini.
Thus Article Polis tahan jurulatih renang dipercayai rogol atlet
Itulah artikel Polis tahan jurulatih renang dipercayai rogol atlet Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Polis tahan jurulatih renang dipercayai rogol atlet dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/polis-tahan-jurulatih-renang-dipercayai.html
0 Response to "Polis tahan jurulatih renang dipercayai rogol atlet"
Catat Ulasan