Loading...

Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan

Loading...
Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan
link : Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan

Baca juga


Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan


SANDAKAN – Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata di dua hotel di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata kes pertama berlaku di sebuah hotel di Bandar Utama pada 2.05 pagi semasa dua pekerja sedang berada di kaunter hotel.

Katanya tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki yang memakai jaket serta seluar gelap dan bertopi keledar.

Beliau berkata seorang daripadanya mengacukan sebilah pisau pada kedua-dua mangsa manakala rakannya mengeluarkan sepucuk pistol dan terus meminta wang daripada mangsa.

Menurutnya mangsa yang ketakutan terus mengeluarkan wang tunai dari laci kaunter sebanyak RM454 dan menyerahkannya kepada kedua-dua lelaki tersebut yang kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Mohd Azhar berkata kejadian kedua berlaku pada 3.13 pagi di sebuah hotel di Bandar Kim Fung juga dilakukan dua lelaki bersenjatakan parang dan sepucuk pistol.

Katanya suspek melarikan wang tunai RM810 dan sebuah telefon bimbit daripada dua pekerja hotel itu.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini agar tampil untuk membantu siasatan pihak polis bagi mengesan suspek yang terlibat.

Katanya pihak polis juga menasihatkan orang ramai jangan membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan ketenteraman awam di daerah ini.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA


Thus Article Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan

Itulah artikel Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/polis-buru-2-lelaki-rompak-2-hotel-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan"

Catat Ulasan

Loading...