Loading...

Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali

Loading...
Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali
link : Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali

Baca juga


Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali

Mohd Haizal Yatiran



KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabah hari ini membidas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu, Christina Liew yang disifatkan biadap kerana telah memutar belit kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Yang Di Pertua Perkasa Sabah, Datuk Rekan Hussin dalam kenyataan hari ini berkata, Ibrahim Ali tidak pernah sesekali menyebut atau mempromosi Ketuanan Melayu di mana-mana siri ceramahnya di negeri itu.

Sebaliknya menurut beliau, Ibrahim menggesa kaum minoriti di negeri itu supaya bersyukur dengan taraf dan status yang diberikan kepada kumpulan itu dan tidak membuat sebarang permintaan yang melampau.

Gesaan ini tambahnya berikutan kaum pribumi yang juga daripada kumpulan majoriti di negeri itu masih ketinggalan dari segi penjanaan pendapatan dan ekonomi.

“Kenyataan Pengurusi Pakatan Harapan, Christina Liew yang biadap amat mengelirukan. Presiden Perkasa tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu di mana-mana ucapannya di Sabah tetapi menyebut pribumi Sabah mesti bersatu dan jangan bumi milik pribumi dipijak oleh kaum minoriti.

“Perkasa Sabah menyokong sepenuhnya kenyataan Presiden Perkasa Datuk Dr. Ibrahim Ali yang menggesa kaum minoriti di Sabah perlu bersyukur apa yang mereka ada sekarang.

“Mereka juga tidak patut meminta-minta berlebihan kerana kaum Pribumi yang merupakan kaum majoriti di Sabah masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi. MCA Sabah jangan cuba spin kenyataan Presiden Perkasa kami.”

Justeru, Rekan Hussin mengingatkan kepada semua pihak bahawa Perkasa di negeri itu lebih memberikan perhatian dalam perjuangan ekonomi dan pendidikan kaum pribumi di Sabah.

Mengenai saranan supaya Perkasa diharamkan di Sabah, beliau berkata, pihaknya juga mahu supaya MCA turut diharamkan di negeri itu kerana parti itu datang daripada Semenanjung dan tidak berjuang untuk kaum majoriti Sabah.

Ia berikutan MCA di negeri itu lantang mengkritik pergerakan PERKASA di Sabah. – MalaysiaGazette




Thus Article Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali

Itulah artikel Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/perkasa-sabah-christina-liew-biadap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perkasa Sabah: Christina Liew biadap, fitnah Ibrahim Ali"

Catat Ulasan

Loading...