Loading...

Norizan terpaksa buat rombakan

Loading...
Norizan terpaksa buat rombakan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Norizan terpaksa buat rombakan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Norizan terpaksa buat rombakan
link : Norizan terpaksa buat rombakan

Baca juga


Norizan terpaksa buat rombakan


 

ARKIB : 12/07/2007
Norizan terpaksa buat rombakan
PENJAGA gol kedua Malaysia, Suffian Ab. Rahman gigih menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam untuk mengintai peluang diturunkan menentang Uzbekistan dalam Piala Asia, Sabtu ini.

KUALA LUMPUR – Beberapa pemain bakal kehilangan posisi kesebelasan utama skuad negara jika jurulatih Norizan Bakar mahu memberikan mereka pengajaran drastik ekoran kekalahan besar 5-1 kepada China dalam perlawanan Kumpulan C pusingan akhir bola sepak Piala Asia, kelmarin.

Hilangnya disiplin bermain sebagai sepasukan dan melakukan kesilapan individu dikenal pasti sebagai faktor kekalahan itu yang perlu diatasi segera apabila Malaysia mengharungi perlawanan kedua Kumpulan C pusingan akhir bola sepak Piala Asia menentang Uzbekistan, Sabtu ini.

Kata Norizan, “China menguasai bola dan kami hilang disiplin sehingga membuka luas kawasan yang dimanfaatkan lawan dengan hantaran jauh dan tinggi. Kami terus gagal mengekang umpanan dari kedua-dua sayap lawan. Akibatnya kami kalah besar dan ia ternyata bukan satu permulaan yang baik.

“Kami perlu berdisiplin sejak awal dan bekerjasama sebagai sepasukan tetapi akibat kesilapan individu, seluruh pasukan yang menanggung padahnya (dengan lima gol),” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan yang turut dihadiri hampir 30,000 penyokong negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Walau apa pun, kami perlu melupakannya dan kami akan cuba memulihkan semangat untuk menghadapi perlawanan kedua,” katanya yang membuat tiga pertukaran pemain negara kelmarin iaitu Akmal Rizal Rakhli dengan Indra Putra Mahayuddin, Fadzli Saari (K. Nantha Kumar) dan Shahrulnizam Mustapa (Eddy Helmi Manan).

Seperti biasa, Norizan tetap enggan menamakan anak buahnya yang dianggap penyumbang kekalahan tersebut terutama sekali di bahagian benteng yang dikemudikan ketua pasukan, Kaironnisam Sahabuddin Hussain sambil dibantu Norhafiz Zamani Misbah, Rosdi Talib dan Fauzie Nan selain penjaga gol, Azizon Kadir.

Namun China begitu unggul dengan memanfaatkan ketinggian dan tubuh tegap pemainnya yang rata-rata hampir 2 meter untuk memperbudakkan Malaysia yang cuba turun dengan berbekalkan semangat dan pemikiran positif dalam usaha menandingi naib juara Piala Asia 2004 itu.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xcJl0U
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Norizan terpaksa buat rombakan

Itulah artikel Norizan terpaksa buat rombakan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Norizan terpaksa buat rombakan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/norizan-terpaksa-buat-rombakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Norizan terpaksa buat rombakan"

Catat Ulasan

Loading...