Loading...

Nik Nazmi desak Najib pikul tanggungjawab kegagalan KR1M

Loading...
Nik Nazmi desak Najib pikul tanggungjawab kegagalan KR1M - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nik Nazmi desak Najib pikul tanggungjawab kegagalan KR1M, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nik Nazmi desak Najib pikul tanggungjawab kegagalan KR1M
link : Nik Nazmi desak Najib pikul tanggungjawab kegagalan KR1M

Baca juga


Nik Nazmi desak Najib pikul tanggungjawab kegagalan KR1M

Nik Nazmi 

KEADILAN DAILY

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak Perdana Menteri untuk bertanggungjawab di atas kegagalan inisiatif rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

“Seperti kebanyakan projek 1Malaysia yang lain, pentadbiran Najib Razak gagal untuk merancang inisiatif ini secara menyeluruh, dan akibatnya lebih ramai orang terkena impak negatif kegagalan projek.

“Masalah pokok kenaikan kos sara hidup – pengenalan cukau barangan dan perkhidmatan (GST), kadar gaji dan upah yang rendah – mesti diatasi.

“Sudah sampai masanya kerajaan bertanggungjawab terhadap semua kegagalan ini,” katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan itu berkata desakan ini dibuat kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekarang meletakkan nasib ribuan pekerja KR1M dalam tangan kontraktor projek itu, Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd.

Namun pada masa sama katanya, pihak Mydin pula menyalahkan Putrajaya di atas kegagalan projek itu yang dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) semata-mata.

“Nampaknya kedua-dua pihak tidak mahu bertanggungjawab untuk masalah ini, dengan pihak kerajaan menyalahkan Mydin kerana meningkatkan harga barang, manakala Mydin pula menyatakan projek itu hanyalah CSR syarikat.

Media sebelum ini melaporkan penutupan rangkaian kedai itu susulan kehadiran notis penutupan yang ditampal pada pintu besi cawangan KR1M yang tidak lagi beroperasi.

KPDNKK memberikan alasan penutupan tersebut hanya bersifat sementara untuk menawarkan lebih banyak pilihan barangan dan harga yang lebih murah kepada pengguna.



Thus Article Nik Nazmi desak Najib pikul tanggungjawab kegagalan KR1M

Itulah artikel Nik Nazmi desak Najib pikul tanggungjawab kegagalan KR1M Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nik Nazmi desak Najib pikul tanggungjawab kegagalan KR1M dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/nik-nazmi-desak-najib-pikul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nik Nazmi desak Najib pikul tanggungjawab kegagalan KR1M"

Catat Ulasan

Loading...