Loading...

Netizen Akui Tanggung Beban Caj Pentadbiran PTPTN

Loading...
Netizen Akui Tanggung Beban Caj Pentadbiran PTPTN - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Netizen Akui Tanggung Beban Caj Pentadbiran PTPTN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Netizen Akui Tanggung Beban Caj Pentadbiran PTPTN
link : Netizen Akui Tanggung Beban Caj Pentadbiran PTPTN

Baca juga


Netizen Akui Tanggung Beban Caj Pentadbiran PTPTN


CADANGAN pemansuhan yuran pentadbiran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk dibentangkan pada Bajet 2018 disambut baik dalam kalangan netizen.

Yuran pentadbiran sebanyak satu hingga tiga peratus itu dianggap membebankan graduan yang semakin dihimpit dengan kos sara hidup yang meningkat.

Rata-rata netizen bersependapat bahawa caj tersebut membebankan kerana menelan sehingga ribuan ringgit.

Seorang pengguna Facebook, ‘Fby Yoe’ berkata: “Yup betul… yuran atau caj pentadbiran inilah yang membebankan peminjam.”

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Khalid Al Zanjie pula berkata, dia menyokong cadangan tersebut memandangkan peluang pekerjaan juga terhad.

“Sokong. Kos pentadbiran hingga belas ribu. Diploma dan ijazah… kos pentadbiran RM12,000. Pekerjaan terhad,” tulisnya di ruang komen.

Pada pembentangan bajet tahun lalu, kerajaan telah memberikan insentif berbentuk diskaun sehingga 15 peratus kepada peminjam pembiayaan PTPTN bagi menggalakkan golongan itu membuat bayaran balik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, insentif tersebut berkuat kuasa pada 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.

Dalam pada itu, Najib baru-baru ini menegaskan bahawa Bajet 2018 bukan bersifat populis kerana akan terus menumpukan aspek kesejahteraan rakyat serta keperluan pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut beliau, sektor-sektor tertentu yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, Pendapatan Negara Kasar dan kesejahteraan rakyat akan diberi keutamaan dalam bajet berkenaan. – mStar Online


Thus Article Netizen Akui Tanggung Beban Caj Pentadbiran PTPTN

Itulah artikel Netizen Akui Tanggung Beban Caj Pentadbiran PTPTN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Netizen Akui Tanggung Beban Caj Pentadbiran PTPTN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/netizen-akui-tanggung-beban-caj.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Netizen Akui Tanggung Beban Caj Pentadbiran PTPTN"

Catat Ulasan

Loading...