Loading...
Tajuk : Nahas dua bas pekerja bertembung ragut lapan nyawa
link : Nahas dua bas pekerja bertembung ragut lapan nyawa
Nahas dua bas pekerja bertembung ragut lapan nyawa
ANTARAPOSBUKIT MERTAJAM: Lapan pekerja kilang maut selepas dua bas pekerja terlibat kemalangan di Kilometer 147 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan.
"Setakat ini dipercayai lapan pekerja meninggal dunia dan mayat mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya," katanya dipetik Utusan Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, berkata siasatan awal mendapati nahas dipercayai berpunca daripada sebuah bas yang mengalami kerosakan di tengah jalan, sebelum dirempuh bas kilang lain dan sebuah van pekerja.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 pagi tadi.
"Setibanya di lokasi kejadian, kami dapati ada tiga mangsa tersepit dan lapan wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu ketiga-tiga kenderaan cedera ringan, katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
Thus Article Nahas dua bas pekerja bertembung ragut lapan nyawa
Itulah artikel Nahas dua bas pekerja bertembung ragut lapan nyawa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Nahas dua bas pekerja bertembung ragut lapan nyawa dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/nahas-dua-bas-pekerja-bertembung-ragut.html
0 Response to "Nahas dua bas pekerja bertembung ragut lapan nyawa"
Catat Ulasan