Loading...

Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean

Loading...
Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean
link : Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean

Baca juga


Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean

 
Mustapa Mohamed yakin projek sekiranya mendapat persetujuan daripada semua negara Asean dapat dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun.


mustapa-asean-proton


KUALA LUMPUR: Penyusunan semula Proton Holdings Berhad akan menyaksikan pemulihan semula projek Kereta Asean, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata bagi memastikan projek Kereta Asean itu menjadi kenyataan, Proton perlu mendapatkan persetujuan daripada semua negara Asean.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang menyelia industri automotif di negara ini merancang memulakan perbincangan dengan anggota ASEAN bagi menjadikan projek itu dapat dilaksanakan.

“Ia satu konsep yang baik tetapi butiran terperinci perlu diusahakan. Ia memerlukan banyak kerjasama dan mesyuarat,” katanya kepada pemberita di luar acara Forum Khazanah Megatrends 2017 (KMF 2017) di sini, hari ini.

Beliau berkata antara isu yang perlu diselesaikan dengan anggota Asean lain termasuklah asal kandungan tempatan, vendor dan komponen.

Mustapa, bagaimanapun, yakin projek itu akan dapat dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun.
“Lima tahun nampaknya munasabah untuk memulakan projek itu,” katanya.

Pada Februari 2015, Proton memeterai memorandum persefahaman dengan PT Adiputra Citra Lestari dari Indonesia untuk meluaskan lagi peluang perniagaan antara kedua-dua syarikat dalam membangun dan mengeluarkan Kereta Asean.

Projek itu, bagaimanapun, terbantut apabila Proton menjalani penyusunan semula dan Mustapa berkata: “Proton belum bersedia pada masa itu.”

Semalam (Ahad), semasa majlis karnival usahawan dan kerjaya, Mustapa berkata Ketua Pegawai Eksekutif Proton yang baru dilantik Li Chunrong akan membantu menggerakkan pengeluar kereta nasional itu melangkah ke pasaran global.



Thus Article Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean

Itulah artikel Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/menteri-penyusunan-semula-proton-boleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Menteri: Penyusunan semula Proton boleh pulihkan projek Kereta Asean"

Catat Ulasan

Loading...