Loading...

Mat Sabu Bebas Dari Tuduhan Kes Fitnah Polis Insiden Bukit Kepong !

Loading...
Mat Sabu Bebas Dari Tuduhan Kes Fitnah Polis Insiden Bukit Kepong ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mat Sabu Bebas Dari Tuduhan Kes Fitnah Polis Insiden Bukit Kepong !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mat Sabu Bebas Dari Tuduhan Kes Fitnah Polis Insiden Bukit Kepong !
link : Mat Sabu Bebas Dari Tuduhan Kes Fitnah Polis Insiden Bukit Kepong !

Baca juga


Mat Sabu Bebas Dari Tuduhan Kes Fitnah Polis Insiden Bukit Kepong !

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Presiden Amanah Mohamad Sabu daripada dua pertuduhan memfitnah berhubung kenyataannya mengenai insiden Bukit Kepong pada 1950.
Tiga panel hakim dianggotai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Rhodzariah Bujang menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasannya daripada pertuduhan itu.
Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri.
Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Tengku Maimun yang mengetuai panel itu berkata mahkamah mendapati tiada sebab untuk menyimpang daripada alasan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohamad adalah cacat.
“Mahkamah Tinggi dan hakim perbicaraan tidak tersalah arah untuk menyimpulkan bahawa pihak pendakwaan tidak cukup membuktikan kes prima facie,” katanya.
Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.
Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah 3 anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat sama.
Mat Sabu, 61, didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.
Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor berhujah pertuduhan itu tidak cacat kerana kesalahan dinyatakan dalam pertuduhan.
Sebaliknya peguam mewakili Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin berhujah, dengan menyatakan inti pati kesalahan anak guamnya, tidak dinyatakan dalam pertuduhan.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Mat Sabu berkata beliau amat lega dengan keputusan itu selepas mahkamah menolak rayuan pihak pendakwaan. #sumber


Thus Article Mat Sabu Bebas Dari Tuduhan Kes Fitnah Polis Insiden Bukit Kepong !

Itulah artikel Mat Sabu Bebas Dari Tuduhan Kes Fitnah Polis Insiden Bukit Kepong ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mat Sabu Bebas Dari Tuduhan Kes Fitnah Polis Insiden Bukit Kepong ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/mat-sabu-bebas-dari-tuduhan-kes-fitnah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mat Sabu Bebas Dari Tuduhan Kes Fitnah Polis Insiden Bukit Kepong !"

Catat Ulasan

Loading...