Loading...

Malaysia menang aksi persahabatan di Perth

Loading...
Malaysia menang aksi persahabatan di Perth - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia menang aksi persahabatan di Perth, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia menang aksi persahabatan di Perth
link : Malaysia menang aksi persahabatan di Perth

Baca juga


Malaysia menang aksi persahabatan di Perth



ARKIB : 08/10/2007

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak kebangsaan meraih kemenangan pertama apabila menewaskan Perth SC 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Dorrean Gardens, semalam.

Gol tunggal jaringan Mohd. Safee Sali pada minit ke-51 kembali menceriakan kem skuad kebangsaan selepas dua pertemuan tewas 3-1 dalam perlawanan pertama kepada Perth SC dan seri 0-0 bertemu Ashfield FC sebelum itu.

Jaringan kemenangan milik skuad kebangsaan hadir di minit ke-51 hasil daripada sepakan percuma Azi Shahril tepat ke arah Mohamad Zaquan Adha Abdul Razak.

Zaquan terus membuat umpanan kepada Mohd. Safee yang terus menolak masuk untuk gol kemenangan skuad kebangsaan.

Buat jurulatih B. Sathianathan bukan soal kemenangan menjadi sasaran tetapi sebaliknya corak permainan yang menyakinkan dipamerkan oleh anak didiknya.

‘‘Corak permainan pemain tampak lebih bagus dan kemenangan 1-0 jaringan Mohd. Safee adalah bonus buat pemain.

‘‘Keseluruhannya saya nampak keyakinan, persefahaman dan komitmen pemain cukup ampuh,’’ ujarnya semalam.

Lebih menceriakan Sathianathan apabila melihat benteng pertahanan yang dibarisi oleh Mohd. Daudsu Jamaluddin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak, Norhafiz Zamani Misbah dan Sumardi Hajalan berjaya menyekat jentera serangan lawan.

‘‘Penyerang Perth SC sekadar memperoleh dua peluang terbaik di depan pintu gol kita tetapi berjaya diselamatkan oleh Syed Adney Syed Hussein,’’ ujarnya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2zdi1ku
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Malaysia menang aksi persahabatan di Perth

Itulah artikel Malaysia menang aksi persahabatan di Perth Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia menang aksi persahabatan di Perth dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/malaysia-menang-aksi-persahabatan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia menang aksi persahabatan di Perth"

Catat Ulasan

Loading...