Loading...

Malaysia mara ke final

Loading...
Malaysia mara ke final - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia mara ke final, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia mara ke final
link : Malaysia mara ke final

Baca juga


Malaysia mara ke final



ARKIB : 28/08/2007
Oleh AMRAN MULUP
Penyerang negara, Safee Sali (kanan) berjaya memperdayakan penjaga gol Singapura, Hassan Abdullah Sunny untuk gol pertama Malaysia pada perlawanan separuh akhir, Pesta Bola Merdeka di Stadium MBPJ, malam tadi.

PETALING JAYA - Anak didik B. Sathianathan memenuhi hajat peminat bola sepak yang dahagakan kejayaan apabila dengan bergaya melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan juara Piala AFF, Singapura 3-1 pada saingan separuh akhir Kejohanan Pesta Bola Merdeka Edisi ke-39 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Tiada ungkapan mampu diluahkan melihat kegigihan barisan muda kebangsaan memerah keringat dengan mempamerkan aksi paling menarik yang sememangnya tidak menghampakan kehadiran 10,000 penyokong.

Dua gol menerusi Safee Sali pada minit ke-18 dan 76 serta Mohd. Khyril Muhymeen di minit ke-14 sudah cukup meranapkan barisan berpengalaman Singapura biarpun lawan berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan tunggal Agus Casmir pada minit ke-48.

Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia membuat perhitungan dalam perlawanan akhir berdepan penyandang juara, Myanmar di Stadium Shah Alam, malam esok.

Myanmar selaku penyandang juara pula melangkah ke perlawanan akhir lebih awal setelah menumpaskan Zimbabwe 3-1.

Malaysia selangkah kaki untuk dinobatkan selaku juara Pesta Bola Merdeka buat kali ke-11 dan hanya menanti untuk melebur penantian 14 tahun bergelar juara apabila kali terakhir menjulangnya pada 1993.

Malaysia kali terakhir bergelar juara sejak kejohanan ini berlangsung pada 1957 ialah pada 1993 ketika barisan yang diketuai oleh Dollah Salleh dan Azman Adnan menewaskan Korea Selatan B 3-1 manakala pada tahun 2000 skuad kebangsaan tewas 2-0 kepada New Zealand dalam perlawanan akhir.

Sementara itu dalam perlawanan separuh akhir pertama dua gol menerusi Yan Paing pada minit ke-32 dan 57 memastikan Myanmar melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Zimbabwe 3-1.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2gE8fRs
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Malaysia mara ke final

Itulah artikel Malaysia mara ke final Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia mara ke final dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/malaysia-mara-ke-final.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia mara ke final"

Catat Ulasan

Loading...