Loading...

Mahfuz: "KALAU DICALONKAN PUN SAYA TAK INGIN"

Loading...
Mahfuz: "KALAU DICALONKAN PUN SAYA TAK INGIN" - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahfuz: "KALAU DICALONKAN PUN SAYA TAK INGIN", Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahfuz: "KALAU DICALONKAN PUN SAYA TAK INGIN"
link : Mahfuz: "KALAU DICALONKAN PUN SAYA TAK INGIN"

Baca juga


Mahfuz: "KALAU DICALONKAN PUN SAYA TAK INGIN"


Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau sendiri akan menolak jika dicalonkan semula parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau membalas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang parti itu tidak akan lagi mencalonkan Mahfuz yang dilihat lebih cenderung kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga menyuarakan perkara sama, iaitu mana-mana wakil rakyat parti itu yang dilihat menyokong HARAPAN tidak akan dicalonkan lagi, kerana menunjukkan penentangan terhadap parti secara terbuka.
"Terima kasih kerana tidak mencalonkan saya.
"Jika PAS calonkan pun, saya tak akan terima. Jika saya terus jadi calon PAS saya akan mengkhianati rakyat.
"Saya tolak (untuk) menjadi calon sekadar 40 kerusi parlimen. Ini akan menyebabkan BN terus memerintah," kata Mahfuz ketika ditemui pemberita di Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara (AMANAH) di Alor Setar, Kedah.
Beliau merujuk sasaran PAS untuk memenangi 40 daripada 222 kerusi parlimen pada PRU ke-14.

Dalam sidang media semalam, Muhammad Sanusi turut berkata anggota PAS tidak melihat pemimpin atas kapasiti individu, sebaliknya kepatuhan terhadap parti.
“Selepas dia (Mahfuz) isytihar secara zahir atau tidak tinggalkan PAS jadi kita ucap bye bye lah,” katanya.
Ketika ditanya sama ada Mahfuz akan menyertai parti serpihan PAS Parti Amanah Negara (AMANAH), beliau hanya berkata ia "persoalan yang tidak berbangkit" buat masa ini.
Mahfuz sebelum ini sering dilihat menyertai program HARAPAN dan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepimpinan PAS.
Malah, beliau menyifatkan HARAPAN lebih komited ke arah perubahan politik berbanding PAS dan Gagasan Sejahtera yang diketuai parti itu.



Thus Article Mahfuz: "KALAU DICALONKAN PUN SAYA TAK INGIN"

Itulah artikel Mahfuz: "KALAU DICALONKAN PUN SAYA TAK INGIN" Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahfuz: "KALAU DICALONKAN PUN SAYA TAK INGIN" dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/mahfuz-kalau-dicalonkan-pun-saya-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahfuz: "KALAU DICALONKAN PUN SAYA TAK INGIN""

Catat Ulasan

Loading...