Loading...

Lupakan Piala Asia 2019

Loading...
Lupakan Piala Asia 2019 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lupakan Piala Asia 2019, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lupakan Piala Asia 2019
link : Lupakan Piala Asia 2019

Baca juga


Lupakan Piala Asia 2019



Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
 
SELEPAS tiga perlawanan, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akhirnya mengakui Harimau Malaya tiada peluang untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ini kerana beliau menyatakan skuad kendalian Nelo Vingada itu perlu rombakan drastik kerana pemain sedia ada sudah tidak boleh pergi jauh. Malah, lebih separuh daripada pemain senior juga sudah tiada hati untuk menyarung jersi kebangsaan.

“Ada pemain yang terpaksa pergi kerana dipanggil dan sebenarnya mereka tak nak ada di situ. Mungkin lebih 50 peratus pemain senior. Saya mahu perubahan yang drastik tapi anda perlukan masa, tak boleh esok terus dapat keputusan.”


TUNKU Ismail beri masa kepada Vingada. FOTO/MOHD AZREN JAMALUDIN

“Secara realistik, pasukan ini akan terus mencatat kekalahan, seri, kalau menang bagus. Pasukan ini tak akan menang sehingga kita mencari pemain yang betul-betul 100 peratus nak main dan kita juga perlu menukar DNA,” katanya ketika menjawab soalan yang diajukan oleh ahli panel dalam sesi soal jawab di JDT Cafe, semalam.

Selepas kalah kepada Lubnan 1-2, seri 1-1 dan kalah 0-2 dengan Hong Kong, peluang skuad Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada untuk melepasi kelayakan Kumpulan B semakin sukar apabila kini menduduki tangga tercorot.

Ia mengecewakan peminat apabila FAM memberikan harapan baharu dengan pelantikan Vingada Mac lalu dengan meletakkan sasaran layak ke Piala Asia 2019.

Malaysia kini ada baki dua perlawanan menentang Korea Utara dan satu perlawanan dengan Lubnan di laman lawan.

Tunku Ismail berkata, sudah tiba masanya untuk pemain muda mengambil alih tempat dalam skuad kebangsaan biarpun ia akan mengambil masa untuk berjaya.

“Bila saya lihat Syamer (Kutty Abba) bermain saya gembira, saya fikir ini antara pemain untuk generasi seterusnya kerana pemain yang ada dalam skuad sekarang bukan ada untuk dua tiga tahun lagi. Sekarang adalah masa untuk generasi baru sambil beberapa pemain senior akan memainkan peranan menjadi contoh kepada pemain muda,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2017 @ 6:15 PM



Thus Article Lupakan Piala Asia 2019

Itulah artikel Lupakan Piala Asia 2019 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lupakan Piala Asia 2019 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/lupakan-piala-asia-2019.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lupakan Piala Asia 2019"

Catat Ulasan

Loading...