Loading...

Lonjak prestasi

Loading...
Lonjak prestasi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lonjak prestasi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lonjak prestasi
link : Lonjak prestasi

Baca juga


Lonjak prestasi



Mohd Amin Jalil
sukan@hmetro.com.my
 
Seremban: Penyerang muda sensasi skuad bawah 22 tahun negara (B-22) N Thanabalan, tidak akan memilih hanya pasukan tertentu untuk disertainya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Sebaliknya, pemain berusia 22 tahun itu sedia untuk menyarung jersi mana-mana pasukan sama ada dalam kelompok Liga Super mahupun Liga Perdana, termasuk pasukan asalnya, Negeri Sembilan.

Katanya, fokus utamanya adalah untuk menimba pengalaman bagi meningkatkan lagi prestasi serta persembahannya, sekali gus memastikan reputasinya selaku penyerang muda yang disegani tidak terjejas.

“Selaku pemain muda, saya tidak boleh terlalu memilih untuk menyertai pasukan tertentu atau pasukan yang mempunyai nama dan bereputasi tinggi kerana kita kena akur dengan keupayaan dan pencapaian sendiri.

“Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang perbincangan dengan mana-mana pasukan mengenai persiapan menghadapi musim depan kerana mereka mungkin menunggu sehingga saingan musim ini menutup tirainya.

“Apa pun, saya masih mempunyai kontrak dengan Negeri Sembilan dan kedudukan dengan pasukan berkenaan, kemungkinan akan dapat ditentukan sebaik saingan Liga Perdana musim ini berakhir,” katanya semalam.

Pemain kelahiran Rantau itu dipinjamkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) kepada FELCRA FC, bagi mengharungi saingan Liga FAM 2017, bagaimanapun dia gagal membantu skuad terbabit untuk bersaing dalam Liga Perdana musim depan, selepas tewas kepada Sime Darby FC, di peringkat separuh akhir.

Thanabalan yang kini sedang bercuti bagi merayakan sambutan Depavali berkata, dia mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha meningkatkan lagi prestasinya untuk mencapai status penyerang digeruni.

Sehubungan itu katanya, pengalaman yang ditimba daripada pengendali skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee dan jurulatih FELCRA FC, Mohd Nor Derus, akan digunakan sebaik mungkin bagi mematangkan lagi persembahannya.

“Saya yakin dan percaya, saingan Liga Malaysia musim depan dijangka lebih mencabar dan sengit dan oleh itu saya perlu membuat persiapan terbaik jika mahu memastikan prestasi meningkat.

“Walaupun belum mengetahui kedudukan sebenar pasukan mana yang akan diwakili musim depan, saya perlu menggunakan masa yang ada ini untuk berlatih dengan gigih bagi meningkatkan skil permainan serta menajamkan lagi sentuhan penyudah.

“Saya mahu memberi impak yang terbaik kepada pasukan baru musim depan selain skuad B-22 itu sendiri,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 9:06 AM



Thus Article Lonjak prestasi

Itulah artikel Lonjak prestasi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lonjak prestasi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/lonjak-prestasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lonjak prestasi"

Catat Ulasan

Loading...