Loading...

Lelaki Bergelar ‘Datuk Seri’, Tumbuk 3 Anggota RELA

Loading...
Lelaki Bergelar ‘Datuk Seri’, Tumbuk 3 Anggota RELA - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lelaki Bergelar ‘Datuk Seri’, Tumbuk 3 Anggota RELA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lelaki Bergelar ‘Datuk Seri’, Tumbuk 3 Anggota RELA
link : Lelaki Bergelar ‘Datuk Seri’, Tumbuk 3 Anggota RELA

Baca juga


Lelaki Bergelar ‘Datuk Seri’, Tumbuk 3 Anggota RELA


HANYA diminta alih kenderaan yang halang laluan, seorang lelaki kononnya bergelar ‘Datuk Seri’ didakwa bertindak melampau dengan memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Difahamkan, kejadian serangan tersebut berlaku hanya kerana ketiga-tiga anggota beruniform itu dikatakan tidak menunjukkan perasaan hormat kepada lelaki terbabit.

Insiden ini dipercayai berlaku di hadapan sebuah tokong di Ampang, Selangor pada pagi Jumaat ketika orang ramai sedang meraikan satu sambutan dan sepasukan anggota Rela telah ditugaskan untuk bantu memantau lalu lintas.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA, Datuk Seri Michael Chong, ketika kejadian berlaku mangsa iaitu Ranbo Lee, 27; Jackie Leong, 21; dan Melvin Cheong, 19 hanya meminta lelaki berkenaan untuk alih kenderaan.

Ini kerana kereta tersebut menghalang lalu lintas. Bagaimanapun, satu pertelingkahan telah berlaku antara lelaki berusia 28 tahun itu dengan anggota terlibat.

“Si pemandunya mendakwa perlu meminta kebenaran majikan dan apabila lelaki berusia 28 tahun itu mendapat tahu mengenai hal tersebut, dia naik angin.

“Satu pertelingkahan berlaku selepas lelaki itu menuduh anggota RELA berkenaan tidak menunjukkan hormat kepadanya.

“Dalam kejadian itu, Ranbo lebam dan bengkak pada mata kirinya, badan Jackie ditendang manakala Melvin dipukul di kepala oleh lelaki itu,” katanya dipetik Harian Metro.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Zaid Hassan mengesahkan menerima laporan insiden tersebut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan pengesahan status suspek juga sedang dilakukan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AM


Thus Article Lelaki Bergelar ‘Datuk Seri’, Tumbuk 3 Anggota RELA

Itulah artikel Lelaki Bergelar ‘Datuk Seri’, Tumbuk 3 Anggota RELA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lelaki Bergelar ‘Datuk Seri’, Tumbuk 3 Anggota RELA dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/lelaki-bergelar-datuk-seri-tumbuk-3.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Bergelar ‘Datuk Seri’, Tumbuk 3 Anggota RELA"

Catat Ulasan

Loading...