Loading...

Khairy menang tanpa bertanding

Loading...
Khairy menang tanpa bertanding - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Khairy menang tanpa bertanding, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Khairy menang tanpa bertanding
link : Khairy menang tanpa bertanding

Baca juga


Khairy menang tanpa bertanding



ARKIB : 10/09/2007

KUALA LUMPUR – Presiden UPB-MyTeam, Khairy Jamaluddin, seperti mana dijangka, menang tanpa bertanding satu daripada dua jawatan timbalan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam Kongres FAM ke-44 di sini semalam.

Pemilihan itu menjadikan Khairy, 31, sebagai timbalan presiden paling muda dalam sejarah FAM, tetapi berdepan dengan tanggungjawab besar untuk memulihkan maruah badan itu di mata peminat selepas dikritik teruk selama beberapa tahun ini.

Satu lagi jawatan timbalan presiden kekal menjadi milik Datuk Redzuan Syeikh Ahmad yang turut menang tanpa bertanding pada kongres yang dianggap oleh para pemerhati sebagai paling hangat dalam sejarah FAM.

Satu jawatan timbalan presiden kosong sejak Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melepaskannya pada pertengahan Julai lepas setelah kempen Malaysia pada Piala Asia berakhir dengan gaya mendukacitakan di peringkat kumpulan. Malaysia kalah teruk dalam semua tiga perlawanan.

Khairy, dalam sidang akhbar selepas kongres berkata, agenda utamanya dalam masa terdekat ialah menjernihkan semula hubungan badan induk itu dengan persatuan-persatuan negeri.

Khairy juga meminta para peminat tidak mendesak agar berlakunya perubahan secara segera terhadap prestasi bola sepak negara

“Kami harap FAM dan persatuan-persatuan negeri dapat meningkatkan semula hubungan. Kalau berlaku sedikit masalah seperti jadual pertandingan, pemanggilan pemain dan sebagainya harap dapat kita atasi,” katanya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2yKFWLL
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Khairy menang tanpa bertanding

Itulah artikel Khairy menang tanpa bertanding Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Khairy menang tanpa bertanding dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/khairy-menang-tanpa-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khairy menang tanpa bertanding"

Catat Ulasan

Loading...