Loading...

Ketua Penerangan Umno akui BN hadapi masalah persepsi

Loading...
Ketua Penerangan Umno akui BN hadapi masalah persepsi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ketua Penerangan Umno akui BN hadapi masalah persepsi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ketua Penerangan Umno akui BN hadapi masalah persepsi
link : Ketua Penerangan Umno akui BN hadapi masalah persepsi

Baca juga


Ketua Penerangan Umno akui BN hadapi masalah persepsi



Annuar Musa

Jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) digesa agar tidak mengikut rentak pembangkang yang gemar mencetuskan sentimen, sebaliknya lebih memfokuskan terhadap fasa akhir persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata jentera BN khususnya Umno tidak boleh berlengah seolah-olah banyak tempoh masa berbaki malah perlu lebih memperkemaskan semua gerak kerja menjelang PRU14.
“Adalah penting sebagai parti yang mewakili kerajaan, kita nak tengok mesej, pemberitaan dan dasar parti sampai kepada rakyat kerana kita menghadapi masalah persepsi ketika ini. Bagaimana nak meyakinkan orang ramai kerana mereka lebih mudah menerima sentimen.
“Jentera BN dan pilihan raya mesti menganggap bahawasanya kita berada di fasa terakhir, katanya kepada pemberita selepas Program Transformasi Negara Beliawanis Parlimen Ketereh,” di Kem Bina Negara, dekat Alor Gajah, semalam.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata sehubungan itu, jentera perlu memfokuskan kepada tiga elemen dalam usaha mengubah persepsi masyarakat iaitu mengupas falsafah dan dasar perjuangan parti, penekanan kepada sejarah kejayaan kerajaan dan barulah menjawab isu semasa.

Annuar yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata jentera BN juga perlu lebih banyak menyampaikan dasar dan gerakan MIC, MCA, dan Gerakan secara bersama berdasarkan fakta dan sejarah, bukan Umno semata-mata seperti yang dilakukan pembangkang khususnya DAP.

Menurut beliau jentera BN kini diberikan garis panduan bagi portfolio kritikal supaya pegawai yang ditugaskan memberi penerangan dapat memastikan semua persiapan terakhir pilihan raya dilaksanakan secara kemas dan teratur.

“Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk membubar Parlimen jadi kita tahu rakyat tidak akan mengundi secara emosi dan isu yang dikitar semula oleh pembangkang sebaliknya berdasarkan fakta, falsafah, sejarah dan rekod prestasi,” katanya.



Thus Article Ketua Penerangan Umno akui BN hadapi masalah persepsi

Itulah artikel Ketua Penerangan Umno akui BN hadapi masalah persepsi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ketua Penerangan Umno akui BN hadapi masalah persepsi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/ketua-penerangan-umno-akui-bn-hadapi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ketua Penerangan Umno akui BN hadapi masalah persepsi"

Catat Ulasan

Loading...