Loading...

Kerana Telefon, Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran

Loading...
Kerana Telefon, Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerana Telefon, Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerana Telefon, Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran
link : Kerana Telefon, Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran

Baca juga


Kerana Telefon, Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran


KEWUJUDAN Internet dan peranti mudah alih yang canggih dan moden pada era ini mungkin menyebabkab kebanyakan manusia seakan-akan lupa dunia jika ‘bergabung’ dengan alat itu.

Baru-baru ini tular menerusi media sosial popular Weibo mengenai tindakan seorang wanita yang membiarkan anaknya membuang air kecil di dalam mangkuk restoran.

Kejadian pelik tersebut dilaporkan berlaku di Beijing, China.

Khabarnya, wanita tersebut sedang leka dengan telefon bimbitnya sehingga tidak menghiraukan permintaan anaknya yang masih kecil untuk ke tandas.

Mengambil langkah mudah, wanita itu hanya menyuruh anaknya untuk kencing di dalam mangkuk sup kosong yang terdapat di atas meja tersebut dan kembali memberi fokus kepada telefonnya.

Akibat tindakannya itu, dia dikecam netizen di sana kerana tidak menjaga kebersihan dan tidak menghormati pelanggan lain.

Tetapi, wanita itu berang dan menyatakan mangkuk yang digunakan anaknya itu memang mangkuk kotor dan akan dibasuh.

“Ia tidak menjadi masalah kerana mangkuk tersebut akan dibasuh juga oleh pekerja restoran itu,” katanya dipetik laporan Daily Mail.

Nyata, pengurusan restoran itu terkejut dengan kenyataan yang dilemparkan wanita itu. Malah, seorang pelayan restoran yang bekerja di sana menyatakan dia tidak pernah lihat insiden seperti ini dalam tempoh 10 tahun.

Disebabkan faktor kebersihan, pengurusan restoran berkenaan mengambil keputusan untuk membuang kesemua pinggan mangkuk yang telah digunakan wanita tersebut.

“Saya tidak faham apa yang difikirkan wanita itu. Kami menyediakan tandas di setiap tingkat untuk kegunaan pelanggan,” ujarnya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya marah dan tidak puas hati dengan jawapan dan tindakan wanita tersebut.

Sepatutnya sebagai seorang ibu, wanita tersebut perlu menjaga anaknya dengan baik dan mementingkan kebersihan selain menjadi contoh kepada anaknya. – MYNEWSHUB.CC



Thus Article Kerana Telefon, Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran

Itulah artikel Kerana Telefon, Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerana Telefon, Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/kerana-telefon-anak-kencing-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerana Telefon, Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran"

Catat Ulasan

Loading...