Loading...

Kerajaan sasar 50,000 bebas status bankrap tahun depan, kata menteri

Loading...
Kerajaan sasar 50,000 bebas status bankrap tahun depan, kata menteri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan sasar 50,000 bebas status bankrap tahun depan, kata menteri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan sasar 50,000 bebas status bankrap tahun depan, kata menteri
link : Kerajaan sasar 50,000 bebas status bankrap tahun depan, kata menteri

Baca juga


Kerajaan sasar 50,000 bebas status bankrap tahun depan, kata menteri

 
Azalina Othman Said berkata matlamat itu mensasarkan golongan Orang Kelainan Upaya, orang yang meninggal dunia, penghidap penyakit kronik dan penjamin sosial.


azalina-othman-gambar-sendiri-1

BANGI: Kerajaan mensasarkan untuk melepaskan 50,000 golongan bankrap di negara ini menjelang akhir tahun 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sasaran itu untuk 4 golongan iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU), orang yang meninggal dunia, penghidap penyakit kronik dan penjamin sosial.

“Tahun lepas, kita sasar untuk lepaskan 10,000 daripada status bankrap dan RM1.2 juta sudah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Untuk tujuan tersebut, seramai 65 orang pekerja sambilan diambil untuk tujuan pentadbiran pelepasan kebankrapan tersebut,” katanya pada sidang media di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

29 Mac lalu, Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Kebankrapan (Pindaan) 2016 yang me­rangkumi 8 perubahan dasar selepas dibahaskan.
 Semasa membentangkan RUU tersebut untuk bacaan kali ke-2, Azalina berkata, kerajaan mempertimbangkan 8 perubahan dasar untuk meminda akta itu.

Katanya, 8 dasar itu ialah tindakan kebankrapan tidak boleh diambil terhadap penjamin sosial, me­­naikkan nilai minimum kebankrapan dan seseorang yang bankrap boleh dilepaskan awal daripada status kebankrapan selepas tempoh 3 tahun dari tarikh pemfailan Penyata Hal Ehwal (PHE).

Mengulas lanjut Azalina berkata langkah progresif tersebut terpaksa diambil berikutan bilangan golongan bankrap yang semakin kronik, terutama golongan berumur bawah 40 tahun di negara ini yang boleh membawa implikasi negatif kepada ekonomi negara.

“Berdasarkan kepada statistik Jabatan Insolvensi dari 2013 hingga Ogos 2017, seramai 23,036 bankrap adalah berusia di antara 25 hingga 34 tahun manakala seramai 1,109 bankrap berumur 25 tahun ke bawah.

“Justeru kerajaan berharap mekanisma penyelamat ini dapat mencegah golongan muda dari dijatuhkan bankrap dengan mudah,” katanya.



Thus Article Kerajaan sasar 50,000 bebas status bankrap tahun depan, kata menteri

Itulah artikel Kerajaan sasar 50,000 bebas status bankrap tahun depan, kata menteri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan sasar 50,000 bebas status bankrap tahun depan, kata menteri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/kerajaan-sasar-50000-bebas-status.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan sasar 50,000 bebas status bankrap tahun depan, kata menteri"

Catat Ulasan

Loading...