Loading...

Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP

Loading...
Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP
link : Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP

Baca juga


Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP dinasihatkan untuk tidak meremehkan prosedur pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 12 November ini, kata bekas ahlinya Rahmad Ishak.
 
Beliau yang merupakan Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) turut mengucapkan selamat maju jaya kepada parti berkenaan dan tidak mengulangi kesilapan lalu, pada pemilihan kali ini.
 
"Harap mereka tidak meremehkan prosedur pemilihan semula untuk kali ketiga pada 12 November ini.
 
"Kita cuma nak mengucapkan selamat maju jaya, semoga semua syarat-syarat yang diberikan sebanyak 10 syarat itu dipatuhi, dan jangan ada perasaan tidak puas hati, protes dan sebagainya.
 
"Kita juga harap selepas ini tiada kes yang akan dibawa kemuka pengadilan di antara DAP dan juga RoS," katanya ketila dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesanggupan DAP semalam untuk mengadakan semula pemilihan CEC seperti yang diarahkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS). 
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan pemilihan semula itu dilakukan pada 12 November ini bertempat di Ideal Covention Centre, Shah Alam.
 
Dalam pada itu, mengulas lanjut Rahmad juga mengingatkan agar tidak ada mana-mana pihak menggunakan taktik kotor pada pemilihan kali ini.
 
Malah katanya, proses yang telus dan adil perlu dilaksanakan parti itu bagi memastikan masalah yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
 
"Kita harap benda ini berjalan secara telus dan adil.
 
"Kita juga harap tidak ada unsur-unsur negatif, seumpamanya dan unsur melibatkan ahli hantu wujud pada pemilihan kali ini," ujarya.
 
Untuk rekod pada 7 Julai lalu, RoS meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC ekoran pelantikan ahli CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang.
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.
 
Mohamad Razin berkata pemilihan semula CEC yang baru adalah perlu bagi memilih 20 orang anggota yang sah berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan itu diiktiraf RoS. 




Thus Article Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP

Itulah artikel Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/jangan-remehkan-pemilihan-cec-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP"

Catat Ulasan

Loading...