Loading...

Interpol Bantu Malaysia Kesan Jho Low, Tapi Belum Dapat Maklumat

Loading...
Interpol Bantu Malaysia Kesan Jho Low, Tapi Belum Dapat Maklumat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Interpol Bantu Malaysia Kesan Jho Low, Tapi Belum Dapat Maklumat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Interpol Bantu Malaysia Kesan Jho Low, Tapi Belum Dapat Maklumat
link : Interpol Bantu Malaysia Kesan Jho Low, Tapi Belum Dapat Maklumat

Baca juga


Interpol Bantu Malaysia Kesan Jho Low, Tapi Belum Dapat Maklumat

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah meminta bantuan Interpol mengesan kedudukan ahli perniagaan Low Taek Jho, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri bagaimanapun berkata, polis belum mendapat maklumat daripada Interpol.
“Mengenai kes itu, kita memang telah mengemukakan permintaan kepada Interpol untuk mencari di mana orang yang telah dimaksudkan (Jho Low).
“Kita amat yakin pihak Interpol telah bertindak secara profesional dan PDRM masih belum memperolehi sebarang maklumat terperinci daripada pihak Interpol.
“Namun, kita yakin apa yang telah dilakukan beberapa pihak di peringkat antarabangsa, terutama agensi perisikan, telah dimuktamadkan,” katanya dalam sesi perbahasan soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gombak yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang meminta polis menyatakan sama ada Malaysia meminta bantuan Interpol untuk mengesan ahli perniagaan itu yang lebih dikenali sebagai Jho Low bagi membantu siasatan melibatkan 1MDB.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, hanya ahli politik yang tidak berpuas hati akan mengungkit isu 1MDB yang tidak lagi relevan dibincangkan kerana siasatan sudah selesai.
Kita yakin kes itu tidak lagi relevan, kecuali yang dibangkitkan ahli politik yang tidak puas hati dengannya.”
Pada 17 November 2015, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan mereka gagal mengesan individu yang diperlukan bagi membantu siasatan melibatkan 1MDB.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, kementerian itu berkata, Interpol juga gagal mengesan dan menentukan lokasi mereka yang terbabit dalam 1MDB untuk disoal siasat.
Menurut kenyataan itu, selain Jho Low, Interpol turut memburu bekas eksekutif kanan 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengurus Deutsche Bank, Yusof Annuar Yaacob.
Pada 12 Julai lalu, pendakwa raya di Singapura dilaporkan berkata, Jho Low ialah watak utama dalam siasatan berkaitan 1MDB dan beliau menggunakan wang yang boleh dikesan kepada dana milik kerajaan itu untuk tujuan peribadi.
Low menerima sejumlah wang yang “amat besar”, dengan kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) untuk 1MDB laburkan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd dilencongkan ke akaun bank milik Low.
“Mangsa utama dalam kes ini ialah 1MDB.
“Jho Low sudah hilang dari pandangan orang ramai,” kata pendakwa raya Nathaniel Khng di mahkamah Singapura. #sumber


Thus Article Interpol Bantu Malaysia Kesan Jho Low, Tapi Belum Dapat Maklumat

Itulah artikel Interpol Bantu Malaysia Kesan Jho Low, Tapi Belum Dapat Maklumat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Interpol Bantu Malaysia Kesan Jho Low, Tapi Belum Dapat Maklumat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/interpol-bantu-malaysia-kesan-jho-low.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Interpol Bantu Malaysia Kesan Jho Low, Tapi Belum Dapat Maklumat"

Catat Ulasan

Loading...