Loading...

Ibu Reda Kehilangan Anak Buat Kali Kedua

Loading...
Ibu Reda Kehilangan Anak Buat Kali Kedua - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibu Reda Kehilangan Anak Buat Kali Kedua, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ibu Reda Kehilangan Anak Buat Kali Kedua
link : Ibu Reda Kehilangan Anak Buat Kali Kedua

Baca juga


Ibu Reda Kehilangan Anak Buat Kali Kedua


ALOR GAJAH – “Saya reda pemergian arwah. Ini kali kedua saya kehilangan anak. Pada 2012, saya pernah melalui pengalaman pahit kehilangan kakaknya yang meninggal dunia pada usia sama akibat jangkitan paru-paru.

“Saya dapat tahu Siti Sarah sekeluarga terlibat kemalangan pada pukul 11 malam tadi daripada ahli keluarga suaminya dan diberitahu arwah meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Esah Othman, 58, ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah.

Beliau adalah ibu kepada Siti Sarah Azahari, 34, yang terbunuh dalam nahas di Kilometer 197.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah ke utara berhampiran susur keluar Tol Ayer Keroh malam tadi.

Siti Sarah yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, Subang Jaya, Selangor maut setelah kereta jenis Honda Jazz yang dinaiki mangsa bersama suami dan dua anak lelakinya tidak sempat mengelak dan merempuh sebuah treler yang terbabas di laluan bertentangan.

Difahamkan ketika kejadian Siti Sarah sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Saujana Putra, Selangor selepas menghadiri majlis kenduri di Kulai, Johor.

Pemandu treler berkenaan P. Vedantham, 56, turut meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Esah berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di sebelah pusara kakaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Asam Kumbang, Bemban, Jasin.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Supt. Mohd Sham Abdullah berkatakemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Siti Sarah tidak sempat mengelak dan merempuh sebuah treler yang terbabas di laluan bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa dan pemandu treler meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang di dalam kereta iaitu suami mangsa Mohd Nazri Kamaruddin, 34, mengalami patah kaki dan kedua-dua belah tangan.

“Anak lelaki mangsa Ahmad Syahmi Ikhwan, 6, mengalami pendarahan di dalam kepala dan Ahmad Syafwan Iman, 4, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurut beliau mayat Siti Sarah dan pemandu treler itu dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera diberi rawatan di Hospital Melaka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA



Thus Article Ibu Reda Kehilangan Anak Buat Kali Kedua

Itulah artikel Ibu Reda Kehilangan Anak Buat Kali Kedua Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ibu Reda Kehilangan Anak Buat Kali Kedua dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/ibu-reda-kehilangan-anak-buat-kali-kedua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibu Reda Kehilangan Anak Buat Kali Kedua"

Catat Ulasan

Loading...