Loading...

Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan

Loading...
Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan
link : Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan

Baca juga


Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan


Fuziah 


KEADILAN DAILY


Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menyuarakan kebimbangannya tentang pengaruh pelaburan China di Kuantan.

Beliau berkata, ia tidak wajar dan berpotensi menggugat keselamatan negara.

Beliau mengulas laporan khas Malaysiakini berhubung pelaburan China menerusi Taman Industri Malaysia China Kuantan (MCKIP) dan pemilikan negara itu dalam Pelabuhan Kuantan.

“Membenarkan 40 peratus pegangan kepada satu syarikat milik negara asing boleh menggugat keselamatan negara kita.

“Wajarkah dan patutkah perkara ini di benarkan?” katanya dalam kenyataan.

Malaysiakini sebelum ini menerusi laporan khasnya melaporkan syarikat milik kerajaan China, Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co Ltd menguasai 49 peratus pegangan dalam MCKIP.

Syarikat sama juga turut memiliki 40 peratus pegangan dalam Pelabuhan Kuantan yang menghadap Laut China Selatan.

Menurut Fuziah, warga Kuantan berhak bimbang dengan perkembangan ini kerana risiko ancamannya “jauh lebih besar” berbanding pencemaran akibat perlombongan bauksit sebelum ini.

“Terminal ini boleh membenarkan kapal-kapal besar berlabuh. Siapa yang akan mengawal dan memastikan ia tidak menggugat keselamatan warga Kuantan dan rakyat Malaysia?”

Fuziah berkata, kerajaan pimpinan BN bertanggungjawab membenarkan China menguasai aset strategik negara.

“Bagaimana warga Kuantan boleh berasa selamat di saat 40 peratus (pegangan) pelabuhannya dikuasai syarikat milik negara asing?

“Kita mahukan pembangunan dan peluang pekerjaan, menambah jumlah perdagangan melalui Pelabuhan Kuantan. Tetapi perlukah kita berkompromi dalam isu keselamatan?” soalnya lagi.


Thus Article Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan

Itulah artikel Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/fuziah-gusar-dengan-pelaburan-china-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...