Loading...

Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan

Loading...
Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan
link : Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan

Baca juga


Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan



Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan


Seorang Laskar Kanan TLDM Mohd Izhrifikri Roslee, yang didakwa pada Jumaat lepas atas tuduhan membunuh dua rakan sekerja, hari ini dihadapkan sekali lagi di Mahkamah Majistret Seri Manjung, Lumut atas lapan tuduhan menyebabkan kecederaan termasuk melakukan dua ugutan jenayah.

Mohd Izhrifikri Roslee, 29, didakwa melakukan perkara itu ke atas dua anggota Laskar Kelas Satu, Mohd Farhan Md Said, 30, dan Mohd Syaiful Nizam Mardzuki, 30 di bilik tahanan TLDM unit Sungai Wangi, Sitiawan.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Mengikut tiga pertuduhan pertama, Mohd Izhrifikri didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Mohd Farhan dengan memukul tapak kaki mangsa di padang kawad Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan antara pukul 8 malam 12 Sept hingga 12 tengah hari 14 Sept lalu.

Tertuduh turut didakwa atas tiga lagi pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas Mohd Syaiful Nizam dengan memukul tapak kaki mangsa di tempat sama antara pukul 10 pagi 21 September hingga 12 tengah hari 23 September lalu.

Mohd Izhrifikri turut melakukan dua ugutan jenayah terhadap Mohd Farhan dan Mohd Syaiful Nizam dengan niat mendatangkan ugutan jenayah dengan mengatakan akan dibelasah sehingga mati dan anggota keluarga akan diancam sekiranya memberikan kenyataan yang benar kepada polis.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lorong hadapan sel nombor 4 (Syaful Nizam) dan 7 (Farhan) bilik tahanan tersebut antara pukul 2 hingga 3 petang, pada 29 September lalu.

Majistret menetapkan tarikh sebutan semula semua pertuduhan Mohd Izhrifikri pada 30 Oktober ini.

Selain Mohd Izhrifikri, turut didakwa tiga lagi rakannya iaitu Hamzah Zakaria @ Ali, 35; Mohd Farham Mohd Azmi, 31; dan Saifulnizam Razaly, 37, masing-masing atas satu pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Farhan, mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara berasingan melakukan perbuatan itu dengan memukul tapak kaki mangsa di Padang Kawad Bilik Tahanan antara pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari, 13 September lalu.

Bagaimanapun hanya Mohd Farham yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu manakala Saifulnizam dan Hamzah, masing-masing minta dibicarakan.

Nur Shaqira kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM1,600 atau penjara enam bulan ke atas Mohd Farham jika gagal membayar denda itu manakala dua lagi rakannya masing-masing dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 30 Oktober ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan Harris Ong Jeffry Ong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Thus Article Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan

Itulah artikel Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/empat-anggota-tldm-hadapi-11-pertuduhan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Empat anggota TLDM hadapi 11 pertuduhan"

Catat Ulasan

Loading...