Loading...

Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah

Loading...
Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah
link : Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah

Baca juga


Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah


SUDAH menjadi adat penyewa rumah harus bertanggungjawab menjaga rumah yang disewanya itu dengan sebaik mungkin.

Namun, tidak semua penyewa menjalankan tanggungjawab tersebut bahkan sesetengah daripada mereka sanggup menganiaya tuan rumah.

Menurut laporan World Of Buzz, sepasang penyewa warga asing telah meninggalkan sesuatu yang tidak disangka selepas keluar daripada rumah tersebut.

Apabila melakukan pemeriksaan, alangkah terkejutnya tuan rumah itu apabila melihat bekas penyewa tersebut telah meletakkan beberapa ekor ikan di sinki, peti ais, pasu bunga, almari dan juga siling rumah berkenaan akibat berang dengan tindakannya yang enggan memulangkan wang deposit mereka!

Mengikut perjanjian, kedua-dua belah pihak telah bersetuju dengan tempoh sewaan yang ditawarkan iaitu selama setahun. Namun, pasangan tersebut ingin berpindah keluar selepas hanya lima bulan menyewa.


Tindakan tersebut jelas sekali telah melanggar perjanjian sewaan mereka. Disebabkan itu, pemilik rumah berkenaan mengambil keputusan untuk tidak memulangkan wang deposit mereka.

Namun, dia sama sekali tidak menyangka ruma itu akan ‘dicemari’ dengan ikan busuk!

Lebih ‘parah’ lagi, perkara itu hanya diketahui selepas beberapa bulan rumah itu tidak disewakan oleh kerana jiran-jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah tersebut mengadu terhidu bau yang kurang menyenangkan.

Aduan mereka sekaligus memaksa tuan rumah berkenaan datang melihat keadaan rumah tersebut. Jelas sekali, dia terkejut dengan keadaan rumah yang telah ‘dihuni’ ulat serta bau yang sangat busuk.

Perkara tersebut memaksa pemilik rumah berkenaan membuang peti ais yang telah dipenuhi dengan ulat.




Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah tiada seorang pun pekerja pembersihan yang sanggup menerima kerja pembersihan yang ditawarkan kerana keadaan rumah yang sangat teruk.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Guangxi, China. Difahamkan pasangan tersebut telah menyewa rumah berkenaan sejak Mei lalu. Namun, pemilik rumah tersebut menyedari dia telah disabotaj beberapa minggu yang lepas.

Dalam pada itu, tindakan penyewa yang tidak bertanggungjawab tersebut telah mendatangkan kemarahan netizen dan menasihatkan agar pemiliknya membuat laporan polis.

Dilaporkan, penyewa berkenaan telah menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan oleh tuan rumah itu. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah

Itulah artikel Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/dendam-tak-dapat-deposit-penyewa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dendam Tak Dapat Deposit, Penyewa Sabotaj Tuan Rumah"

Catat Ulasan

Loading...