Loading...

Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Keempat

Loading...
Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Keempat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Keempat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Keempat
link : Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Keempat

Baca juga


Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Keempat


KUALA LUMPUR- Bekas pelakon, Datuk Boy Iman direman buat kali keempat bagi membantu siasatan kes penipuan skim perumahan mampu milik yang melibatkan DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources.

Boy sebelum ini pernah ditahan reman selama dua hari di Ampang, Selangor dan Muar, Johor dan tiga hari di Shah Alam, Selangor bersama-sama tiga rakan suspek iaitu Kassim Arunasalam, Muhammad Umar Abdul Jamil dan Siti Norbaiyah Yahya, yang dikenali sebagai Datuk Anggun.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Boy direman bagi membantu siasatan bersangkutan dengan sebuah laporan polis yang dibuat di Sungai Petani, Kedah.

Keempat-empat mereka ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani, Kedah.

Permohonan reman semua suspek diperlukan bagi meneruskan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dilakukan.

Sementara itu, seorang lagi suspek bernama Zubir Yahya atau dipanggil Ustaz Zubir masih dalam buruan kerana hilang daripada radar.

Oleh itu, pihak polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Ustaz Zubir bagi membantu proses siasatan.

Pada 2 Oktober lalu, Boy dan tiga yang lain ditahan susulan 188 laporan polis oleh mangsa yang mendakwa ditipu dua syarikat menawarkan rumah pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu kira-kira RM60,000 untuk sebuah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

Sehingga Jumaat lalu, jumlah laporan polis yang dibuat mangsa bertambah kepada 210 laporan dari seluruh negara, membabitkan projek di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Keempat

Itulah artikel Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Keempat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Keempat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/boy-iman-masuk-lokap-buat-kali-keempat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Boy Iman Masuk Lokap Buat Kali Keempat"

Catat Ulasan

Loading...