Loading...

Beri ruang untuk pemain muda: Ramli Junit

Loading...
Beri ruang untuk pemain muda: Ramli Junit - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Beri ruang untuk pemain muda: Ramli Junit, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Beri ruang untuk pemain muda: Ramli Junit
link : Beri ruang untuk pemain muda: Ramli Junit

Baca juga


Beri ruang untuk pemain muda: Ramli Junit



Sabtu, 30 September 2017 | 2:21pm
 
SKUAD muda Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee mempunyai masa depan cerah. - Foto Asyraf Hamzah
Beri ruang untuk pemain muda: Ramli Junit
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my

MELAKA: Pemain baharu Liga Malaysia (Liga M) diingatkan supaya meningkatkan prestasi masing-masing untuk memastikan mereka setaraf dengan pemain utama pasukan, sama ada di Liga Super mahupun Liga Perdana.

Legenda bola sepak negara, Ramli Junit berkata, jika kualiti permainan mereka setaraf atau hampir sama dengan kesebelasan utama atau pemain simpanan pasukan negeri atau kelab, pastinya saingan Liga M akan menjadi lebih menarik.

LEGENDA bola sepak negara, Ramli Junit gesa pemain muda tingkatkan prestasi.

Ia kerana, ketika ini, kebanyakan pasukan hanya bergantung dengan pemain sama pada setiap perlawanan, dengan pemain baharu tidak mendapat tempat sekali gus menyebabkan jurang kualiti pemain senior dan muda semakin ketara.

Beliau berkata, situasi terbabit meletakkan jurulatih enggan menurunkan pemain kurang berpengalaman dan akhirnya, mereka akan kekal sebagai pemain kurang popular atau sekadar memanaskan bangku simpanan.

"Pemain muda harus diberikan ruang lebih luas untuk beraksi di Liga M musim depan, sekali gus bakal membentuk bintang baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Jika setiap pasukan memiliki minimum tujuh pemain muda berkualiti, tiada masalah untuk skuad terbabit menampilkan aksi terbaik walaupun kehilangan pemain tonggak yang cedera atau menyertai skuad Harimau Malaya.

"Ketiadaan senior itu bakal menjadi medan buat pemain muda menunjukkan kehebatan," katanya.

Ketika ini, hanya beberapa pasukan yang memiliki pemain muda dan simpanan yang sama kualiti terutama Johor Darul Ta'zim (JDT), namun Ramli yakin dengan kehadiran lima import musim depan jurang itu mampu dikecilkan.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE  Sabtu, 30 September 2017 | 2:21pm


Thus Article Beri ruang untuk pemain muda: Ramli Junit

Itulah artikel Beri ruang untuk pemain muda: Ramli Junit Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Beri ruang untuk pemain muda: Ramli Junit dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/beri-ruang-untuk-pemain-muda-ramli-junit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Beri ruang untuk pemain muda: Ramli Junit"

Catat Ulasan

Loading...