Loading...

Beri Duit, Telefon Bimbit Tutup Mulut Lepas Cabul

Loading...
Beri Duit, Telefon Bimbit Tutup Mulut Lepas Cabul - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Beri Duit, Telefon Bimbit Tutup Mulut Lepas Cabul, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Beri Duit, Telefon Bimbit Tutup Mulut Lepas Cabul
link : Beri Duit, Telefon Bimbit Tutup Mulut Lepas Cabul

Baca juga


Beri Duit, Telefon Bimbit Tutup Mulut Lepas Cabul


KEJAM… Rasanya itu perkataan yang sesuai dengan perbuatan terkutuk yang dilakukan seorang warga emas terhadap kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Seorang warga emas yang dikenali sebagai Tarmo, 57, dilaporkan sudah beberapa kali mencabul dan melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak tersebut di rumahnya yang terletak di Pulo Gadung, Jakarta, Indonesia.

Bukan hanya mencabul, warga emas itu turut menghadiahkan telefon bimbit dan juga wang kepada manga untuk menutup mulut.

Memetik laporan Malaysian Digest, pengasuh dan juga jiran mangsa yang dikenali sebagai Rinawati menyatakan kanak-kanak itu mulai berubah menjadi seorang yang pendiam.

Keadaan itu mendatangkan tanda tanya kepadanya kerana kanak-kanak itu kelihatan murung dan bukan periang seperti sebelumnya. Apabila ditanya, kanak-kanak itu enggan bercerita apa-apa.

Menurut Rinawati, dia juga agak pelik apabila mendapati terdapat tompokan darah pada seluar mangsa.

Disebabkan itu, dia bertindak untuk mengintip rumah Tarmo semasa kanak-kanak tersebut berada di sana pada petang Jumaat lalu. Katanya lagi, kanak-kanak berkenaan kerap ke sana kerana sering diajak suspek.

Namun, panggilannya tidak berjawab apabila Rinawati beberapa kali memanggil mangsa. Sebaliknya, suspek memberitahu yang mangsa tidak berada di sana.

“Beberapa jam kemudian selepas keadaan sunyi, mangsa dilihat keluar dari pintu belakang rumah suspek. Sebaik sahaja mangsa keluar, saya dan penduduk kampung lain terus soal siasatnya,” katanya.

Akhirnya perbuatan terkutuk itu dibongkarkan sendiri mangsa dan menyatakan itu bukanlah kali pertama dia diraba dan menjadi tempat untuk melampiaskan nafsu warga emas tersebut.

Rinawati menyatakan dia dan juga jiran-jiran lain sudah membuat laporan polis terhadap perbuatan terkutuk lelaki berkenaan. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Beri Duit, Telefon Bimbit Tutup Mulut Lepas Cabul

Itulah artikel Beri Duit, Telefon Bimbit Tutup Mulut Lepas Cabul Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Beri Duit, Telefon Bimbit Tutup Mulut Lepas Cabul dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/beri-duit-telefon-bimbit-tutup-mulut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Beri Duit, Telefon Bimbit Tutup Mulut Lepas Cabul"

Catat Ulasan

Loading...