Loading...
Tajuk : Azmin Ali Bidas Tindakan 'U-Turn' Zahid Hamidi Dalam Isu Jho Low !
link : Azmin Ali Bidas Tindakan 'U-Turn' Zahid Hamidi Dalam Isu Jho Low !
Azmin Ali Bidas Tindakan 'U-Turn' Zahid Hamidi Dalam Isu Jho Low !
SHAH ALAM: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi membuat pusingan “U” terhadap kenyataannya mengenai Malaysia meminta bantuan daripada Interpol untuk mengesan Low Taek Jho, atau Jho Low dibidas Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin di laman media sosial Twitter berkata cubaan Zahid memutarbelitkan fakta tidak berhasil.
Dalam tweet seterusnya, Mohamed Azmin juga bertanya sama ada Zahid “dimarahi” oleh “bosnya”.
Di Dewan Rakyat semalam, Zahid Hamidi berkata Polis Malaysia telah meminta bantuan Interpol untuk mengesan Low, yang dikenalpasti watak utama dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau menjawab soalan Mohamed Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak.
Bagaimanapun, Zahid Hamidi kemudian berkata ucapannya telah “dimanipulasi”, dan menjelaskan yang permintaan bantuan Interpol tidak lagi aktif kerana fail kes melibatkan Low sudah ditutup.
Penyiasat AS mendakwa bahawa Low adalah dalang penyelewengan wang daripada firma belaburan negara 1MDB. Lokasinya sekarang tidak diketahui.
Mohamed Azmin sebelum ini memohon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memaksa polis dan ketua polis negara menangkap Jho Low.
Bagaimanapun, ia ditolak oleh mahkamah awal bulan ini selepas membenarkan bantahan awal oleh Jabatan Peguam Negara yang mewakili polis. #sumber
Thus Article Azmin Ali Bidas Tindakan 'U-Turn' Zahid Hamidi Dalam Isu Jho Low !
Itulah artikel Azmin Ali Bidas Tindakan 'U-Turn' Zahid Hamidi Dalam Isu Jho Low ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Azmin Ali Bidas Tindakan 'U-Turn' Zahid Hamidi Dalam Isu Jho Low ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/azmin-ali-bidas-tindakan-u-turn-zahid.html
0 Response to "Azmin Ali Bidas Tindakan 'U-Turn' Zahid Hamidi Dalam Isu Jho Low !"
Catat Ulasan