Loading...

[APA KATA MUFTI, KRISTIAN BUKAN KAFIR?] Kata Kristian ‘kafir’, Cina ‘tak bersih’, DAP buat laporan terhadap Zamihan

Loading...
[APA KATA MUFTI, KRISTIAN BUKAN KAFIR?] Kata Kristian ‘kafir’, Cina ‘tak bersih’, DAP buat laporan terhadap Zamihan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [APA KATA MUFTI, KRISTIAN BUKAN KAFIR?] Kata Kristian ‘kafir’, Cina ‘tak bersih’, DAP buat laporan terhadap Zamihan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [APA KATA MUFTI, KRISTIAN BUKAN KAFIR?] Kata Kristian ‘kafir’, Cina ‘tak bersih’, DAP buat laporan terhadap Zamihan
link : [APA KATA MUFTI, KRISTIAN BUKAN KAFIR?] Kata Kristian ‘kafir’, Cina ‘tak bersih’, DAP buat laporan terhadap Zamihan

Baca juga


[APA KATA MUFTI, KRISTIAN BUKAN KAFIR?] Kata Kristian ‘kafir’, Cina ‘tak bersih’, DAP buat laporan terhadap Zamihan

Seorang wakil rakyat DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Zamihan Mat Zin kerana melabel seorang peguam sebagai murtad, menggunakan istilah “kafir” terhadap penganut agama Kristian, dan mengatakan orang Cina Malaysia tidak bersih.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata kenyataan presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) terhadap orang bukan Islam “boleh memudaratkan perpaduan kaum dan penghinaan kepada bukan Islam”.
Beliau membuat laporan polis itu berdasarkan kepada laporan The Star, “Zamihan has a history of targeting Christian, moderate Muslims” hari ini.
“Seksyen 298A Kanun Keseksaan kata adalah satu kesalahan kalau seseorang menggunakan alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci-membenci, niat jahat, memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan di Malaysia,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Laporan The Star itu merujuk kepada video kenyataan Zamihan yang dimuatnaik di Youtube.
Menurut The Star, Zamihan dalam satu video pada April melabel peguam Siti Kasim sebagai “murtad”, dan pada Disember menggelar orang Kristian “kafir” ketika membantah orang Islam mengucapkan “Merry Christmas”.
Manakala kenyataan Cina tidak bersih itu merujuk kepada video kuliahnya yang disampaikan minggu lalu di Shah Alam, berkenaan kontroversi kedai dobi “mesra Muslim” di Muar, Johor.
“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” kata Zamihan.
Beliau berkata demikian selepas menyelar pendirian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kerana membidas pengusaha sebuah kedai dobi yang enggan menerima pelanggan bukan Islam.
Lim hari ini meminta polis menyiasat kenyataan Zamihan itu dibawah Kanun Keseksaan, khususnya Seksyen 298A, yang memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 2 tahun jika sabit kesalahan.
“Perbuatan Zamihan merupakan kesalahan berat,” katanya.
Terbaharu, Zamihan direman 2 hari bermula hari ini, sehari selepas ditangkap polis berhubung kenyataan beliau Sabtu lalu terhadap Sultan Johor dan masyarakat bukan Islam.
Perintah reman dibuat majistret di Ibu Pejabat Pejabat Polis Dang Wangi.
Zamihan disiasat dibawah Seksyen 4 (a) Akta Hasutan.


Thus Article [APA KATA MUFTI, KRISTIAN BUKAN KAFIR?] Kata Kristian ‘kafir’, Cina ‘tak bersih’, DAP buat laporan terhadap Zamihan

Itulah artikel [APA KATA MUFTI, KRISTIAN BUKAN KAFIR?] Kata Kristian ‘kafir’, Cina ‘tak bersih’, DAP buat laporan terhadap Zamihan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [APA KATA MUFTI, KRISTIAN BUKAN KAFIR?] Kata Kristian ‘kafir’, Cina ‘tak bersih’, DAP buat laporan terhadap Zamihan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/apa-kata-mufti-kristian-bukan-kafir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[APA KATA MUFTI, KRISTIAN BUKAN KAFIR?] Kata Kristian ‘kafir’, Cina ‘tak bersih’, DAP buat laporan terhadap Zamihan"

Catat Ulasan

Loading...