Loading...

Aksi Pahang terus longlai

Loading...
Aksi Pahang terus longlai - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Aksi Pahang terus longlai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Aksi Pahang terus longlai
link : Aksi Pahang terus longlai

Baca juga


Aksi Pahang terus longlai

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
sukan@kosmo.com.my 
PAHANG sekali lagi gagal mengutip tiga mata penuh walaupun sebelum ini pernah menjanjikan kemenangan apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Keputusan seri 1-1 yang terpaksa dikongsi bersama Sarawak pada perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam kelmarin masih belum cukup buat Pahang membuktikan keupayaan sebenar selain dilihat terus dibelenggu masalah kecuaian.

Menurut jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan kegagalan mengutip mata pada perlawanan tersebut dilihat banyak berpunca daripada kecuaian pemain terutama di barisan serangan.

"Kita sudah buat segala-galanya, namun saya kecewa kerana masih ada pemain yang masih lena.

"Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana seolah-olah kita sengaja membuka peluang kepada Sarawak untuk menjaringkan gol.

"Saya juga dapati penjaga gol, Syamsuri Mustapa juga hilang fokus pada perlawanan itu," katanya.

Zainal yang jelas kecewa dengan keputusan perlawanan itu tidak menyembunyikan perasaan tidak puas hatinya terhadap prestasi pemainnya setakat ini walaupun peluang untuk memulihkan kedudukan dalam liga masih terbuka.

"Sebagaimana yang diketahui, Sarawak kini semakin menonjol walaupun sebelum ini pernah menduduki tangga ketiga tercorot dalam Liga, seharusnya kita merasa malu kerana Pahang merupakan satu pasukan yang gah tetapi gagal mengutip mata penuh," katanya.

Dalam pada itu, Zainal masih menaruh harapan agar jentera serangan Tok Gajah bangkit serta tampil dengan semangat baru bagi meneruskan saingan dalam liga yang akan memasuki pusingan kedua pada 12 Februari ini.

"Saya percaya kita masih ada masa untuk memulihkan semangat pasukan dan apa yang berlaku pada pusingan pertama ini perlu dijadikan pengajaran," katanya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2zWytGL
Hakcipta terpelihara


Thus Article Aksi Pahang terus longlai

Itulah artikel Aksi Pahang terus longlai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Aksi Pahang terus longlai dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/aksi-pahang-terus-longlai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aksi Pahang terus longlai"

Catat Ulasan

Loading...