Loading...

72 Maut, 30 Hilang Dalam Insiden Banjir, Tanah Runtuh

Loading...
72 Maut, 30 Hilang Dalam Insiden Banjir, Tanah Runtuh - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 72 Maut, 30 Hilang Dalam Insiden Banjir, Tanah Runtuh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 72 Maut, 30 Hilang Dalam Insiden Banjir, Tanah Runtuh
link : 72 Maut, 30 Hilang Dalam Insiden Banjir, Tanah Runtuh

Baca juga


72 Maut, 30 Hilang Dalam Insiden Banjir, Tanah Runtuh


HANOI – Insiden tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat minggu lepas di wilayah utara dan tengah Vietnam telah meragut 72 nyawa dan mencederakan 33 lagi, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Jawatankuasa Pemandu Pusat bagi Pencegahan dan Kawalan Bencana Alam pada Isnin.

Mangsa yang terkorban termasuk 23 orang di utara wilayah Hoa Binh, 16 di wilayah tengah Thanh Hoa, 15 di utara wilayah Yen Bai dan sembilan di wilayah tengah Nghe An.

Sementara itu, sejumlah 30 orang yang dilaporkan hilang adalah dari wilayah Hoa Binh, Thanh Hoa, Yen Bai dan utara Son La.

Insiden tanah runtuh dan banjir telah memusnah atau menenggelamkan lebih 49,600 kediaman, merosakkan daik sepanjang 46.9 kilometer di Hanoi, Thanh Hoa serta empat wilayah utara Ha Nam, Nam Dinh, Thai Binh dan Ninh Binh, selain membunuh atau menghanyutkan hampir 300,000 lembu dan ayam.

Pada Ahad, pihak berkuasa Hoa Binh mengumumkan darurat susulan insiden tanah runtuh di wilayah itu.

Pada Khamis lepas, insiden tanah runtuh di daerah Tan Lac dalam wilayah Hoa Binh telah menyebabkan 18 penduduk tempatan daripada empat keluarga terperangkap, kata jawatankuasa itu sambil menambah menjelang pagi Isnin, sejumlah 13 mayat telah ditemui.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, bencana alam di Vietnam telah meragut nyawa atau menyebabkan kehilangan sejumlah 169 orang serta mencederakan 232 lagi, memusnahkan 236,800 kediaman dan menyebabkan kerugian harta-benda lebih 21.5 trillion Vietnam dong (US$952 juta), menurut Pejabat Statistik Am negara itu.

Dalam tempoh 2000 hingga 2015, Vietnam berdepan 250 banjir kilat dan insiden tanah runtuh yang meragut nyawa atau menyebabkan kehilangan 646 orang serta mencederakan 351 lagi, menurut statistik yang dikeluarkan jawatankuasa berkenaan. – BERNAMA


Thus Article 72 Maut, 30 Hilang Dalam Insiden Banjir, Tanah Runtuh

Itulah artikel 72 Maut, 30 Hilang Dalam Insiden Banjir, Tanah Runtuh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 72 Maut, 30 Hilang Dalam Insiden Banjir, Tanah Runtuh dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/72-maut-30-hilang-dalam-insiden-banjir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "72 Maut, 30 Hilang Dalam Insiden Banjir, Tanah Runtuh"

Catat Ulasan

Loading...