Loading...

Ujian di China tidak resahkan Rajagopal - Muka baru mantapkan momentum skuad negara

Loading...
Ujian di China tidak resahkan Rajagopal - Muka baru mantapkan momentum skuad negara - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ujian di China tidak resahkan Rajagopal - Muka baru mantapkan momentum skuad negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ujian di China tidak resahkan Rajagopal - Muka baru mantapkan momentum skuad negara
link : Ujian di China tidak resahkan Rajagopal - Muka baru mantapkan momentum skuad negara

Baca juga


Ujian di China tidak resahkan Rajagopal - Muka baru mantapkan momentum skuad negara



ARKIB : 26/10/2006

KUALA LUMPUR – Jurulatih skuad bola sepak Bawah 20 Tahun, K. Rajagopal mengharapkan beberapa muka baru yang disenaraikan menggantikan pemain cedera akan dapat mengekalkan momentum pasukan itu untuk meraih kemenangan apabila membuka kempen pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Belia AFC di Bangalore bermula Ahad ini.

Menurut Rajagopal, kecederaan beberapa pemain utama dalam siri perlawanan ujian di China baru-baru ini membolehkan beliau menggunakan pemain gantian untuk mengisi kekosongan di beberapa posisi bagi memantapkan lagi skuad bimbingannya.

Walaupun medan ujian terakhir menyaksikan skuad B20 tewas kepada skuad remaja B20 China 0-1 dan 1-3, ia belum membuatkan Rajagopal resah membuat percaturan membuka kempen pertama menentang Vietnam, Isnin ini.

‘‘Kami telah membuat persiapan rapi sejak dua tahun lalu tetapi beberapa bulan sebelum kejohanan ini saya berdepan dengan pelbagai masalah.

‘‘Kecederaan bertimpa menimpa beberapa pemain utama saya menjadi penghalang dan kian meresahkan saya,’’ ujar Rajagopal, baru-baru ini.

Malaysia, yang melayakkan diri buat pertama kali dalam kejohanan itu selepas 27 tahun, diletakkan dalam Kumpulan D bersama pasukan Asia Tenggara, Vietnam, juara lima kali Iraq dan juga pemenang dua kali Arab Saudi, kedua-duanya pasukan pilihan.

Beliau menegaskan, masalah itu bukan menjadi alasan kenapa skuad B20 tidak mampu untuk mempamerkan aksi menarik dan melangkah ke pusingan seterusnya.

Malah, beliau yakin kesebelasan utama yang akan diturunkan dalam perlawanan pertama menentang Vietnam akan memberikan sepenuh tenaga dan komitmen serta kualiti corak permainan yang membanggakan.

‘‘Dalam tempoh yang singkat saya telah dapat membuat beberapa perubahan menggantikan pemain yang cedera.

‘‘Bagi saya ia sudah mencukupi mengharungi perlawanan yang getir selain Vietnam kita berdepan dengan Arab Saudi dan Vietnam,’’ ujarnya.

Tekanan menghantui Rajagopal apabila lima pemain utamanya terpaksa diketepikan akibat kecederaan serius ialah Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak, tiga tonggak pertahanan Hardy Charles Parsi, Mohd. Arif Fazlie Saidin dan Mohd. Fauzi Ariffin serta pemain tengah, Mohd. Nuralif Zainal Abidin.

Namun, sedikit melegakan buat Rajagopal apabila kembalinya Shafiq Rahim dan Mohd. Bunyamin Umar termasuk juga K. Gurusamy dan Faderin Kadir sedikit sebanyak memberi nafas kekuatan buat skuad B20.

Perlawanan pertama skuad bimbingan Rajagopal ialah menentang Vietnam Ahad ini dan sehari selepas itu menghadapi ujian getir berdepan juara dua kali Arab Saudi pada 1 November ini.

Skuad B20 negara akan menamatkan saingan peringkat kumpulan apabila berdepan bekas juara lima kali Iraq pada 3 November.

‘‘Jika kita gagal melepasi peringkat kumpulan skuad ini akan terus dikekalkan dengan program jangka panjang terutama menghadapi temasya Sukan SEA di Bangkok tahun depan dan seterusnya pada 2009,’’ ujar beliau.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xbxHqs
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Ujian di China tidak resahkan Rajagopal - Muka baru mantapkan momentum skuad negara

Itulah artikel Ujian di China tidak resahkan Rajagopal - Muka baru mantapkan momentum skuad negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ujian di China tidak resahkan Rajagopal - Muka baru mantapkan momentum skuad negara dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/ujian-di-china-tidak-resahkan-rajagopal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ujian di China tidak resahkan Rajagopal - Muka baru mantapkan momentum skuad negara"

Catat Ulasan

Loading...