Loading...

[TIADA ISTILAH TENGAH2] PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin

Loading...
[TIADA ISTILAH TENGAH2] PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [TIADA ISTILAH TENGAH2] PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [TIADA ISTILAH TENGAH2] PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin
link : [TIADA ISTILAH TENGAH2] PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin

Baca juga


[TIADA ISTILAH TENGAH2] PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin


Pertembungan pada pilihan raya umum akan datang merupakan pertempuran antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, tiada istilah parti yang 'duduk di tengah-tengah’ kerana menurutnya, parti berkenaan akan hanyut ke dalam Laut China Selatan.
“Sebenarnya pilihan rakyat dua sahaja. Sama ada BN atau HARAPAN. Tak ada yang duduk tengah-tengah.
“Tengah-tengah akan hanyut ke dalam Laut China Selatan,” katanya kepada wartawan semasa menghadiri Konvensyen Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor di Muar.
Menurut Muhyiddin lagi, strategi HARAPAN kini adalah untuk meningkatkan sokongan orang Melayu dan pada masa sama tidak akan mengambil mudah terhadap penyokong Cina dan India.
“Strateginya adalah untuk tingkatkan (sokongan) Melayu dan ini saya kira paling utama.
“(Tetapi) tidak akan mengambil mudah (sokongan) Cina dan India. Tetapi sokongan Melayu agak penting,” katanya lagi.
Selain itu, Muhyiddin yang merupakan anggota parlimen Pagoh turut menyamakan mereka yang meninggalkan PAS dan Umno serta memilih untuk bersama HARAPAN umpama kaum muhajirin iaitu pengikut Nabi Muhammad yang berhijrah meninggalkan Mekah.
“Kita ini (umpama) kumpulan muhajirin kerana menghadapi tentangan puak jahiliah yang nampak cerdik, tapi bodoh, yang membawa kerosakan besar kepada institusi negara,” kata bekas timbalan presiden Umno itu lagi.
BERSATU dan AMANAH- kedua-dua parti itu mempunyai majoriti Melayu dalam parti berkenaan.
PAS pula yang menubuhkan blok pembangkang- Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan NGO-NGO lain berulang kali menegaskan bahawa mereka tidak bekerjasama dengan BN.
Kepimpinan pusat HARAPAN pula pada 29 Ogos lalu mengisytiharkan bahawa gabungan pembangkang berkenaan tidak akan bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke-14. - MK


Thus Article [TIADA ISTILAH TENGAH2] PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin

Itulah artikel [TIADA ISTILAH TENGAH2] PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [TIADA ISTILAH TENGAH2] PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/tiada-istilah-tengah2-pru14-hanya-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[TIADA ISTILAH TENGAH2] PRU14: Hanya BN lawan HARAPAN kata Muhyiddin"

Catat Ulasan

Loading...