Loading...
Tajuk : Ter’over’ Gurau, Zizan Razak Mohon Maaf
link : Ter’over’ Gurau, Zizan Razak Mohon Maaf
Ter’over’ Gurau, Zizan Razak Mohon Maaf
SUSULAN ‘terlajak’ gurau, pelawak dan pelakon Zizan Razak memohon maaf kepada Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof serta institusi istana di atas keterlanjuran kata-katanya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia 29 (FFM29) malam kelmarin.
Kata pelakon Polis Evo itu, dia sekadar bergurau dan tidak berniat mengguris hati sesiapa terutamanya Hans dan Eizlan.
“Saya mohon maaf atas segala keterlanjuran yang berlaku sepanjang FFM 29. Tidak pernah terlintas di hati untuk mengaibkan atau memperlekehkan mana-mana pihak.
“Saya sekadar bergurau selain mahu menghiburkan penonton serta tetamu yang hadir,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Zizan lagi, dia tidak sangka jenakanya pada malam itu menyinggung hati sesetengah pihak sehingga dia telah dikritik hebat.
“Pada mulanya saya fikir apa yang disampaikan itu tidak terlalu kasar dan keterlaluan. Tak sangka pula jadi sebesar ini.
“Saya akui kesilapan ini dan dengan rendah hati memohon maaf. Perkara ini menjadi pengajaran buat saya dan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,”katanya.
Pada Ahad, Hans mengatakan dia tersinggung dengan gurauan Zizan yang dianggap keterlaluan dan menjejaskan imej dan namanya.
Zizan mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan dibeli.
Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu.
Selain Hans, Eizlan turut terkena ‘tempias’ gurauan tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Ter’over’ Gurau, Zizan Razak Mohon Maaf
Itulah artikel Ter’over’ Gurau, Zizan Razak Mohon Maaf Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ter’over’ Gurau, Zizan Razak Mohon Maaf dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/terover-gurau-zizan-razak-mohon-maaf.html
0 Response to "Ter’over’ Gurau, Zizan Razak Mohon Maaf"
Catat Ulasan