Loading...

Tercalar Bentley, Penjual Sayur Ganti Daun Bawang

Loading...
Tercalar Bentley, Penjual Sayur Ganti Daun Bawang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tercalar Bentley, Penjual Sayur Ganti Daun Bawang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tercalar Bentley, Penjual Sayur Ganti Daun Bawang
link : Tercalar Bentley, Penjual Sayur Ganti Daun Bawang

Baca juga


Tercalar Bentley, Penjual Sayur Ganti Daun Bawang


BEIJING – Seorang penjual sayur di wilayah Shandong, China yang menunggang motosikal roda tiga pada mulanya mungkin menyangka sedang mengalami hari paling malang dalam hidupnya.

Kisah bermula apabila lelaki tersebut membawa kenderaan kecil itu melalui sebuah jalan yang sempit di bandar raya Jinan sebelum tiba-tiba berselisih bahagian pintu dan mencalarkan sebuah kereta mewah import Bentley.

Menurut portal berita tempatan Shanghaiist, si pemilik kereta berwarna hitam buatan Britain itu segera turun dari kenderaannya tersebut sebelum terkejut apabila mendapati bahagian badannya habis rosak seperti kena sagat.

Beliau dilaporkan berkongsi insiden tersebut menerusi aplikasi perbualan WeChat dan dipercayai mahu meluahkan kemarahannya yang sudah meluap-luap itu terus kepada si penjual sayuran miskin berkenaan.

Bagaimanapun hasrat tersebut tidak dilaksanakan sebaik sahaja beliau mendapati lelaki yang menunggang motosikal buruk itu sebenarnya merupakan seorang berusia tua malahan cacat pula anggota fizikal.


Hasilnya si pemilik Bentley berkenaan tidak jadi untuk meminta pampasan atau apa-apa ganti rugi pun atas kerosakan yang terjadi pada keretanya tetapi hanya mengingatkan si penjual itu agar lebih berhati-hati.

Tentunya si peniaga sayur tersebut yang pada mulanya agak cemas kemudian berubah kepada gembira dengan nilai balasan kebaikan tidak dijangka oleh pemilik kenderaan mahal itu.

Sebagai penghargaan, penjual sayur berkenaan dilaporkan ingin memberi sesuatu kepada pemilik kereta itu. Namun si pemilik Bentley tersebut terus menolak dan kembali ke dalam kenderaannya.

Bagaimanapun di luar dugaan, warga emas tersebut juga tidak mahu kalah dan terus menghadiahkan sebungkus dalam plastik yang berisi daun bawang ke dalam tingkap kereta yang terbuka sebelum berlalu pergi.

Pemilik kenderaan berkenaan dikatakan hanya mampu tergamam melihat aksi spontan lucu si penjual sayur tersebut yang seumpama sebuah drama televisyen. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Tercalar Bentley, Penjual Sayur Ganti Daun Bawang

Itulah artikel Tercalar Bentley, Penjual Sayur Ganti Daun Bawang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tercalar Bentley, Penjual Sayur Ganti Daun Bawang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/tercalar-bentley-penjual-sayur-ganti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tercalar Bentley, Penjual Sayur Ganti Daun Bawang"

Catat Ulasan

Loading...