Loading...

‘Tawaran Baru’ Sabah ambil kira Perjanjian Malaysia 1963

Loading...
‘Tawaran Baru’ Sabah ambil kira Perjanjian Malaysia 1963 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Tawaran Baru’ Sabah ambil kira Perjanjian Malaysia 1963, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Tawaran Baru’ Sabah ambil kira Perjanjian Malaysia 1963
link : ‘Tawaran Baru’ Sabah ambil kira Perjanjian Malaysia 1963

Baca juga


‘Tawaran Baru’ Sabah ambil kira Perjanjian Malaysia 1963


 
‘Tawaran Baru’ Sabah ambil kira Perjanjian Malaysia 1963


Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dirangka khusus untuk Sabah kali ini lebih mantap dan jitu dalam menyentuh keperluan dan aspirasi rakyat Sabah, kata pengerusi negeri Christina Liew.

Christina berkata manifesto “Tawaran Baru Untuk Sabah dan Sarawak” mengambil kira hakikat rakyat di kedua-dua negeri itu masih ketinggalan berbanding Malaysia Barat dalam pelbagai bidang, lapor FMT.

Tawaran Baru itu akan dimasukkan dalam manifesto gabungan pembangkang peringkat nasional dan manifesto untuk kedua-dua negeri itu.

“Pelancaran manifesto ini di peringkat pertama. Manifesto penuh akan didedahkan selepas Parlimen dibubarkan kerana jika kami bentang sekarang nanti mungkin ada orang tiru manifesto kami,” katanya seperti dipetik FMT.

PH Sabah melancarkan manifestonya semalam.

Menurut Christina, manifesto Sabah meletakkan lima isu teras iaitu hak tadbir urus negeri, hak minyak dan gas yang adil, pembangunan prasarana dan industri, dan pembangunan pendidikan dan sumber manusia.

Tawaran Baru itu katanya mesti dijamin melalui reformasi struktur dan tadbir urus bersandarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.

PH pernah menggunakan nama “Tawaran Baru” untuk manifesto pilihan raya sebelum ini dan kebanyakan janji yang termuat dalam manifesto terdahulu turut dimasukkan.

Christina bagaimanapun berkata manifesto yang akan dibentang kali ini lebih besar dan mengambil kira tuntutan rakyat Sabah yang mahukan lebih banyak hak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Perkara yang kami percaya penting untuk Sabah dalam manifesto 2013 itu kami ambil dan ubah,” katanya.

Beliau berkata manifesto khas untuk Sabah dan Sarawak menunjukkan gabungan pembangkang beri perhatian khas kepada mereka.

Beliau berkata aktivis PH turun padang dan menemui pelbagai pihak untuk memahami masalah dan isu mereka.

“Saya perkara BN tidak tahu apa yang rakyat mahukan. Mereka hanya tahu kemahuan sendiri. Mereka mahu beli 25 pesawat Boeing tetapi mereka tidak tahu kita perlukan jambatan dan bekalan air di kampung-kampung,” katanya.



Thus Article ‘Tawaran Baru’ Sabah ambil kira Perjanjian Malaysia 1963

Itulah artikel ‘Tawaran Baru’ Sabah ambil kira Perjanjian Malaysia 1963 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Tawaran Baru’ Sabah ambil kira Perjanjian Malaysia 1963 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/tawaran-baru-sabah-ambil-kira.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Tawaran Baru’ Sabah ambil kira Perjanjian Malaysia 1963"

Catat Ulasan

Loading...