Loading...

Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Loading...
Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
link : Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Baca juga


Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan




Tidak ada sebab mengapa rakyat Malaysia miskin atau merempat sebaliknya ada pihak tertentu memberikan maklumat salah untuk mengelirukan rakyat, kata Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.
Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu ada banyak peluang terhidang di negara ini.
Justeru katanya tiada sebab untuk rakyat Malaysia menjadi miskin kecuali individu terbabit sendiri mahu hidup begitu.
"Saya tak tahulah, orang kata Malaysia ekonominya mundur, (ada) orang miskin.
"Salah semua (tu), mana ada kita merempat, hutang macam Bangladesh... kita bukan macam Filipina.
"Ada orang mengelirukan rakyat," katanya semasa berucap di majlis penyampaian diploma Akademi 1Malaysia Entrepreneurship (1MeT) di Putrajaya hari ini.
Kalau orang itu miskin, kata Irwan, beliau berpendapat individu terbabit sendiri yang membuatkan keadaannya begitu.
"Kalau ada kaki, ada tangan, boleh jalan, (bolehlah) hidup di Malaysia," katanya
Untuk menjelaskan kenyataannya itu Irwan berkata ketika ini ada kira-kira empat juta rakyat asing hidup berniaga di Malaysia.
Antara kawasan utama mereka, katanya, ialah di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Orang Malaysia kuat makan
"Chow Kit tau? Kalau pergi Chow Kit dulu, orang kita (tempatan) yang berniaga, sekarang separuh daripada peniaga di Chow Kit itu orang Indonesia.
"Kalau orang Indonesia boleh hidup di Malasia, (sepatutnya) orang Malaysia lebih maju," katanya.
Pengerusi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global (Magic) itu turut memetik aktiviti pasal malam sebagai contoh keusahawanan yang baik.
Peniaga pasar malam, kata Irwan, menyediakan pelbagai jenis makanan dan orang ramai membelinya walau apa pun yang ditawarkan di pasaran.
"Kalau pergi pasal malam, penuh (dengan orang).... orang Malaysia ni kuat makan. Jual apa pun dia (pengguna) beli.
"(Misalnya) letak dalam satu (bahan dalam) minuman baru, bagi tahu kalau minum, badan jadi sihat, darah berjalan (lancar), semua berjalan, tak ada penyakit - terus orang beratur beli," katanya.
Beliau juga menamakan beberapa sudut perniagaan yang berpotensi diceburi rakyat negara ini supaya boleh lebih berjaya.
Antaranya kata Irwan ialah kelapa.
"Kelapa ini kerajaan nak promosi (sebagai) bahan bermanfaat untuk kesihatan.
"Kelapa dara, air kelapa - macam-macam. Kalau kelapa boleh dibuat produk, kawasan pertanian (milik) ayah, datuk, boleh buat bisnes kelapa yang bagus," katanya.


Thus Article Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Itulah artikel Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/tak-ada-sebab-orang-malaysia-miskin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan"

Catat Ulasan

Loading...