Loading...

Skuad B-16 dedikasi kemenangan buat arwah Syed Ahmad

Loading...
Skuad B-16 dedikasi kemenangan buat arwah Syed Ahmad - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad B-16 dedikasi kemenangan buat arwah Syed Ahmad, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad B-16 dedikasi kemenangan buat arwah Syed Ahmad
link : Skuad B-16 dedikasi kemenangan buat arwah Syed Ahmad

Baca juga


Skuad B-16 dedikasi kemenangan buat arwah Syed Ahmad



Khamis, 21 September 2017 | 6:14pm

PENGENDALI skuad B-16, Lim Teong Kim masih terasa kehilangan Syed Ahmad Irfan Fatihi. - Foto Osman Adnan
Skuad B-16 dedikasi kemenangan buat arwah Syed Ahmad
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kemenangan besar skuad bawah 16 tahun negara (B-16) ke atas Singapura 6-1 dalam aksi sulung Kelayakan Kejohanan AFC B-16 di Bekasi, Indonesia semalam didedikasikan khas buat bekas pelatih Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Syed Ahmad Irfan Fatihi yang meninggal dunia pada 2 September lalu.

Pengendali skuad B-16, Lim Teong Kim berkata, berita kehilangan pemain berbakat berusia 14 tahun itu nyata mengejutkan pasukan yang ketika itu dalam rangka persiapan menghadapi pusingan kelayakan itu.

"Pertamanya, saya ingin mendedikasikan kemenangan ini buat arwah Syed Ahmad Irfan Fatihi dan ahli keluarganya yang terbabit dengan kemalangan jalan raya tempoh hari," katanya hari ini.

Dalam kemalangan di Kilometer 340.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Paka itu, kereta jenis Nissan XTrail dipandu bapa saudaranya, Syed Ahmad Fazrul Syed Mohammad, 30, dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, dipercayai terbalik selepas terbabas di lokasi itu.

Kemalangan berkenaan menyebabkan abang mangsa, Syed Ahmad Hakim Hilmi Syed Syahidi, 18, patah tangan kanan manakala adiknya, Syed Ahmad Azfar Safuan Syed Syahidi, 13, cedera ringan dengan bapa saudaranya pula dilaporkan cedera di kepala.

Dalam perkembangan sama, Teong Kim turut memuji persembahan anak buahnya apabila mengakui cukup berpuas hati terutamanya di jentera depan yang bijak memanfaatkan peluang terhidang.

"Keputusan ini sangat positif buat kami. Pemain berjaya menyempurnakan segala peluang yang ada terutamanya peralihan daripada gerakan bertahan ke menyerang dan sebaliknya.

"Saya gembira melihat aksi pemain dan tahniah buat mereka," katanya yang akan berdepan Guam dalam aksi kedua di Stadium Wibawa Mukti, Bekasi lusa.

Meskipun sudah layak ke pusingan akhir tahun depan atas tiket tuan rumah, Malaysia tetap menaruh harapan tinggi untuk muncul juara Kumpulan J di kelayakan itu bagi mengelak daripada diundi sekumpulan dengan pasukan kuat di pusingan akhir nanti.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 21 September 2017 | 6:14pm


Thus Article Skuad B-16 dedikasi kemenangan buat arwah Syed Ahmad

Itulah artikel Skuad B-16 dedikasi kemenangan buat arwah Syed Ahmad Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad B-16 dedikasi kemenangan buat arwah Syed Ahmad dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/skuad-b-16-dedikasi-kemenangan-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad B-16 dedikasi kemenangan buat arwah Syed Ahmad"

Catat Ulasan

Loading...