Loading...

SKMM Haram Mainan Video Jesus Lawan Buddha

Loading...
SKMM Haram Mainan Video Jesus Lawan Buddha - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SKMM Haram Mainan Video Jesus Lawan Buddha, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SKMM Haram Mainan Video Jesus Lawan Buddha
link : SKMM Haram Mainan Video Jesus Lawan Buddha

Baca juga


SKMM Haram Mainan Video Jesus Lawan Buddha


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta penyedia platform permainan video Fight of Gods untuk menyekat pautannya kepada pengguna Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan media di sini hari ini menegaskan bahawa arahan tersebut perlu dilaksanakan pihak penyedia muat turun itu dalam tempoh 24 jam.

“Tindakan susulan akan diambil jika tidak dipatuhi,” katanya sebagai mengulas berhubung permainan video Fight of Gods menampilkan watak Jesus Christ atau Nabi Isa bagi umat Islam konon bertarung dengan Gautama Buddha itu.

Beliau menyifatkan permainan video yang dibangunkan oleh sebuah studio teknologi maklumat berpusat di Taiwan itu sebagai mengaibkan agama tertentu serta boleh mengancam keharmonian antara kaum majmuk di Malaysia.

“Langkah serta-merta perlu diambil demi melindungi kemaslahatan masyarakat,” kata Salleh sambil menegaskan bahawa tindakan mencipta dan menyebarkan kandungan berbaur jelik sedemikian merupakan satu kesalahan.


Pihak terbabit malah boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 namun pada masa sama, SKMM akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkaitan untuk mengekang jenayah berkenaan.

Media antarabangsa melaporkan penyedia permainan atas talian terkenal, Digital Crafter melancarkan Fight of Gods menerusi aplikasi Steam Early Access awal bulan ini dengan diskaun harga 40 peratus hingga 11 September.

“Rakyat Malaysia amat menghormati sensitiviti budaya dan agama, bahkan aktiviti penjualan serta pengedaran permainan video komputer yang tidak sensitif ini hendaklah dihentikan dengan serta-merta,” tegas Salleh lagi.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan kepada pengguna supaya membuat pilihan yang bijak apabila memilih kandungan bahan untuk diakses terutama melibatkan pautan dari luar negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article SKMM Haram Mainan Video Jesus Lawan Buddha

Itulah artikel SKMM Haram Mainan Video Jesus Lawan Buddha Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SKMM Haram Mainan Video Jesus Lawan Buddha dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/skmm-haram-mainan-video-jesus-lawan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SKMM Haram Mainan Video Jesus Lawan Buddha"

Catat Ulasan

Loading...