Loading...

Sanggup Suntik Bakteria Kerana Mahu Kekal Muda

Loading...
Sanggup Suntik Bakteria Kerana Mahu Kekal Muda - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sanggup Suntik Bakteria Kerana Mahu Kekal Muda, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sanggup Suntik Bakteria Kerana Mahu Kekal Muda
link : Sanggup Suntik Bakteria Kerana Mahu Kekal Muda

Baca juga


Sanggup Suntik Bakteria Kerana Mahu Kekal Muda


SEORANG aktres dari Jerman, Manoush, yang berusia 45 tahun, sanggup membahayakan nyawanya sendiri dengan menyuntik bakteria berusia 3.5 juta tahun yang ditemui di Siberia, semata-mata mahu kelihatan muda.

Manoush, telah menyuntik ekstrak Bacillus F ke dalam darahnya sejak tiga bulan lalu dan mendakwa bakteria itu menjadikan wajahnya kelihatan muda.

Bakteria berkenaan ditemui oleh saintis di barat laut Rusia pada 2009. Bacilus F tidak menunjukkan tanda-tanda penuaan dan dikatakan jawapan untuk meningkatkan kesihatan dan umur manusia.

Sampel mengandungi ekstrak berkenaan telah diberikan kepada Manoush oleh doktor Anatoli Brouchkov, iaitu ketua Jabatan Geocryology di Moscow State University.


Suntikan bakteria itu merupakan kaedah terbaru yang digunakan oleh Manoush untuk kelihatan muda selepas menjalani pelbagai pembedahan plastik sejak 20 tahun lalu.

“Kulit saya lembut seperti bayi. Anda tidak boleh melihatnya dalam gambar tetapi jika anda melihat saya anda boleh mengesannya, tiada langsung tanda atau kecacatan.

“Saya tidak pernah berasa begini. Saya rasa kulit saya cantik,” katanya.

Manoush, yang pernah berlakon dalam filem seram berkata, Dr Brouchkov telah menyuntik dirinya dengan bakteria berkenaan sejak bertahun lalu dan dia kelihatan seperti lelaki muda.

Walaupun keluarganya menentang, namun Manoush tidak peduli.

“Ia tidak akan menjadikan saya muda seperti usia 20 tahun semula tetapi saya rasa ia membantu saya hidup hingga 80 ke 90 tahun,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Sanggup Suntik Bakteria Kerana Mahu Kekal Muda

Itulah artikel Sanggup Suntik Bakteria Kerana Mahu Kekal Muda Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sanggup Suntik Bakteria Kerana Mahu Kekal Muda dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/sanggup-suntik-bakteria-kerana-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sanggup Suntik Bakteria Kerana Mahu Kekal Muda"

Catat Ulasan

Loading...